@
Sifat-sifat yang wajib bagi Allah
Sebagai
jalan yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada allah,
hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat Allah itu
ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun perempuan.
Adapu
kaedah mengetahui sifat-sifat Allah itu terbahagi kepada dua bahagian .
A.
Mengetahui sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) , iaitu bahawa
seseorang itu mengiktikadkan dengan teguh di dalam hatinya , bahawasayanya wajib
bagi Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan
keagunganNya , serta mengiktikadkan bahawa mustahil bagi Allah bersifat dengan
sifat-sifat kekurangan.
B.
Mengetahui sifat-sifat Allah dengan secara tafsili ( lengkap dan
terperinci ) , iaitu bahawa seseorang itu beriktikad dengan iktikad yang teguh
dengan dalil-dalil akal dan dalil naqli . Bahawasanya wajib bagi Allah bersifat
dengan sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil Dia bersifat dengan sifat sifat
kekurangan.
Dalam
hal ini dikehendaki tiga perkara .
a)
Iktikad itu hendaklah teguh , tidak bercampur syak atau ragu-ragu.
Bilamana iktikad kita masih disertai syak, zhan dan waham, maka tidaklah dapat
dikatakan iktikad itu suatu yang betul.
b)
Iktikad itu hendaklah bersesuaian dengan iktikad ahlufl sunnah wafl
jamaah , kerana inilah iktikad yang sesuai. Bilamana ia tidak seperti demikian ,
atau menyerupai iktikad Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah ia dinmkan iktikad
yang betul.
c)
Iktikad itu hendaklah disokong oleh dalil , sekalipun hanya dengan dalil
ijmali ( ringkasan). Apabila iktikad kita tidak disertai dengan dalil , maka
iktikad itu disebut sebagai iktikad taklid. Sedangkan iktikad atau keyakinan
yang tidak teguh dan tidak sesuai dengan iktikad ahlufl sunnah wafl jamaah ,
para ulama telah sepakat mengatakan bahawa iktikad itu adalah iktikad kafir ,
manakala taklid tidak dihukumkan kafir.
Perbahasan
berkenaan taqlid
Dalam
kedudukan iman taqlid ini , terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulamaf
tauhid . Pendapat yang lebih kuat daripadaNya , mengatakan , mengatakan bahawa
orang-orang yang taqlid itu dihukumkan sebagai seorang mukmin yang derhaka ,
sekiranya seseorang itu mampu untuk mengemukakan dalil-dalil dengan belajar,
tetapi dia tidak berbuat demikian , yakni tidak mahu lagi menambah ilmu
pengetahuannya dalam masalah akidah ini.
Sebaliknya , seandainya seseorang itu telah berusaha menuntut ilmu, namun
dia tidak kuasa juga menemukan dalil-dalil , baik dalil aqli, mahupun dalil
naqli, maka tidaklah dia dihukumkan seorang mukmin yang derhaka.
Sifat
sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah
Sifat-sifat
yang wajib 20 serta mustahil 20 bagi Allah
iaitu
1.
wujud ertinya : Ada , dan
mustahil bagiNya bersifat tiada
2.
Qidam ertinya : dahulu atau sedia .
Mustahil bagiNya bersifat e baharuf
3.
Baqaf ertinya : kekal . Mustahil bagiNya bersifat g Fanah atau
gsementarah
4.
Muhkalafafuhi Lifl Hawaditsi ,
ertinya :Berlainan Ia dengan segala yang baharu. Dan mustahil bagiNya bersifat
gsama dengan segala yang baharuh.
5.
Qiyamuhu Bi Nafsihi , ertinya :Berdiri Ia dengan sendirinya. Dan mustahil
bagi Allah g berdiri dengan lainNyah
6.
Wahdaniyah , ertinya :Maha Esa . Dan mustahil bagi Allah bersifat g
berbilangh.
7.
Qudrat , ertinya :Maha Kuasa . Dan mustahil baginya bersifat g lemahh
8.
Iradat , ertinya : Maha menentukan . Dan mustahil bagiNya bersifat g
terpaksa g.
9.
Ilmu,ertinya :Maha mengetahui . Dan mustahil bagi Allah bersifat g
jahilh atau g bodohh.
10.
Hayat , ertinya :Maha Hidup. Dan mustahil bagi Allah bersifat g matih.
11.
Samaf , ertinya : Maha mendengar . Dan mustahil bagiNya bersifat g
pekakh.
12.
Bashar , ertinya :Maha melihat . Dan mustahil bagiNya bersifat g butah.
13.
Kalam , ertinya :Maha Berkata-kata . Dan mustahil bagiNYa bersifat g
Bisu g.
14.
Kaunuhu Qadirun ertinya : Keadaan Allah yang Maha Berkuasa . Dan mustahil
baginya berkeadaan g lemahh
15.
Kaunuhu Muridun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Menentukan . Dan
mustahil bagiNya berkeadaan g terpaksa g.
16.
Kaunuhu ealimun , ertinya : keadaan Allah Yang Maha Mengetahui . Dan
mustahil bagi Allah berkeadaan g bodohh.
17.
Kaunuhu Hayyun , ertinya : Keadaan Allah yang Maha Hidup. Dan mustahil
bagiNya berkeadaan g Matih.
18.
Kaunuhu samifun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan
mustahil bagiNya berkeadaan gbutah
19.
Kaunuhu Bashirun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan
mustahil bagi Allah berkeadaan g buta g.
20.
Kaunuhu Mutakalimun , ertinya: Keadaan Allah yang Maha Berkata-kata. Dan
mustahil bagiNya berkeadaan g Bisuh.
Sifat
yang harus bagi Allah
Mujiduf/
Mumkinat, ertinya : Menciptakan segala yang mumkin ( iaitu apa yang ada di alam
ini).