muka
utama
PERKAHHWINAN |
||||
Bagi lelaki yang telah mampu berkahwin, beristeri itu wajib hukumnya. Kerana dengan beristeri , hati lebih terpelihara dan lebih bersih dari desakan nafsu. Al-Qurthubi mengatakan : “ bagi orang yang mampu kahwin, sedang dia khuatir dirinya terjerumus ke dalam dosa sehingga agamanya tidak terpelihara akibat membujang , dan hanya kahwin sahaja boleh menjamin terpelihara agamanya, maka tidak ada perbezaan pendapat mengenai wajibnya perkahwinan dalam keadaan seperti ini.” Rukun rukun nikah 1. Lafaz ijab dan Kabul 2. wali 3. dua orang saksi 4. lelaki ( suami) 5. perempuan ( isteri) Lafaz ijab qabul Siqhah ialah lafaz yang digunakan khas untuk perkahwinan yang mengandungi ijab iaitu perkataan yang dilafazkan oleh wali , dan qabul, iaitu perkataan yang dilafazkan oleh lelaki yang bakal menjadi suami . Syarat ijab dan qabul a. Lafaz sorih Iaitu lafaz yang terang yang digunakan khas untuk pernikahan iaitu lafaz tazwij dan nikah atau terjemahannya iaitu lafaz kahwin atau nikah , seperti kata wali; “ saya kahwinkan engkau atau saya nikahkan engkau “ jawab lelaki: “ saya terima nikahnya atau saya terima kahwinnya “ b. tidak bersyarat dengan sesuatu ijab dan qabul atau salah satu daripada keduannya tidak boleh disyaratkan dengan sesuatu perkara , seperti kata wali; “jika engkau seorang guru , maka engkau aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah” jika lafaz ini diucapkan maka, pernikahan tidak sah . c. Tidak mengandungi syarat yang menyalahi maksud nikah Jika terdapat syarat yang menyalahi maksud nikah pada salah satu lafaz ijab dan qabul, maka nikahnya tidak sah ; seperti contoh lafaz di bawah: “ Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah dengan syarat hendaklah engkau talakkan dia .” ……..atau dengan syarat , janganlah engkau setubuhi dia “ …….atau lain-lain lafaz yang menyalahi maksud nikah. Begitu juga lafaz qabul pihak lelaki : “ saya terima nikahnya dengan syarat saya talakkan dia “ ……….atau dengan syarat saya tidak setubuhi dia. Tetapi sekiranya syarat-syarat nikah itu tidak menyalahi maksud nikah, maka nikah itu ada sah.Seperti syarat-syarat di bawa ini, ia tidak merosakkan ijab dan qubul serta syaratnya sah;
‘aku kawinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah’ jawab lelaki; ‘Saya terima nikahnya’ Di mana wali menggunakan perkattan kahwin dan wali menggunakan perkataan nikah, oleh kerana kedua-dua perkataan memiliki maksud yang sama , maka nikahnya adalah sah. Tetapi jika berlainan makna antara ijab dan qabulnya , maka nikahnya tidah sah , seperti kata wali; ‘ Saya nikahkan engkau dengan anak perempuan saya Fatimah’ jawab lelaki: ‘ Saya terima nikah anak perempuan tuan Zainab’ Di mana wali melafazkan nama anaknya sebagai Fatimah, manakala lelaki menjawab dengan menyebut nama Zainab. Maka ijab dan qabul itu tidak sah dan nikahnya juga tidak sah.
- berturut-turut - tidak diselangi dengan perkataan yang lain yang tiada hubungannya dengan ijab/qabul - tidak diselangi oleh diam yang panjang antara ijab/qabul yang mana diam itu menunjukkan seolah-olah menolak ijab - tidak diselangi oleh diam yang lama antara ijab dan qabul
a. menarik balik izinnya b. gila c. pitam Atau tidak berlaku pada bakal isteri (janda) atau bakal isteri yang walinya bukan wali mujbir seperti perkara-perkara di bawah ini; a. menarik balik izinnya ( bagi wanita yang diiktibarkan izinnya ) b. pitam c. gila d. murtad Jika didapati salah satu daripada perkara-perkara tersebut samada pada wali Atau pada isteri, maka qabul tidak boleh dilakukan, dan jika dilakukan , maka nikahnya tidak sah.
‘ Aku nikahkan engkau dengan anakku Zainab dalam masa setahun sahaja’
‘ Saya kahwinkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya ‘
Maka ijab seperti ini tidak sah , di mana nikahnya juga tidak sah, kerana dalam ijabnya tidak menentukan siapakah di antara anak-anak perempuannya yang dinikahkannya itu. Atau
, jika bapa melafazkan ijabnya seperti; ‘saya
kahwinkan engkau dengan fatimah’ lafaz ijab ini juga tidak sah kerana bapa tidak menyebut samada Fatimah itu anak perempuannya atau tidak, kerana ramai yang bernama Fatimah . Sekiranya wali berwakilkan kepada jurunikah, hendaklah ditentukan juga seperti contoh di bawah; ‘Saya
kahwinkan engkau akan …binti…yang walinya telah berwakil kepada saya
.’ atau ‘saya kahwinkan engkau akan ….binti …..yang walinya iaitu bapanya telah berwakilkan kepada saya’. Qabul suami: ‘saya terima nikahnya’ ijab wakil wali kepada wakil suami: ‘saya kahwinkan ( …bin ….) yang telah berwakil kepada engkau( wakil lelaki) akan ( ….binti….) yang telah berwakil walinya kepada saya dengan maskawinnya…. Qabul wakil lelaki: ‘saya terima nikahnya ( …binti…) untuknya( ….bin…) atau aku terima nikahnya kerananya , atau aku terima nikahnya baginya.’ Mengenai dengan mahar , ia tidak disyaratkan untuk disebut di dalam ijab/qabul, dan sekiranya tidak disebut, ijab/qabulnya tetap sah. Jika mahar tersebut disebut dan dipersetujui di dalam ijab dan qabul, maka mahar itu disebut sebagai ‘mahar musamma’ di mana mahar itulah yang wajib dibayar. Sebelum ijab/qabul, wali-wali selain wali mujbir hendaklah meminta izin daripada perempuan yang hendak dikahwinkan dan perempuan itu hendaklah mengizinkan kepada walinya, barulah kemudian itu , wali tersebut mengakadnya sendiri atau mewakilkannya kepada jurunikah. Wali Wali ialah orang yang berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan bakal suaminya . Wali-wali itu haruslah melakukannya sendiri akad tersebut atau mewakilkannya kepada sesiapa sahaja sebagai sebagai jurunikah. Wali yang harus melaksanakannikah itu ada dua jenis; a) wali nasab b) wali hakim Syarat-syarat menjadi wali ( sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka taraf wali berpindah kepada wali yang jauh). 1. Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut 2. Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya. 3. Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz. 4. Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali. 5. lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali. 6. Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk. 7. Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh. 8. Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar seperti ; - membunuh - berzina - minum arak - merampas harta - meninggalkan solat fardhu dengan senghaja - mencuri - menderhaka kepada ibu bapa - atau melakukan dosa kecil secara berterusan - atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya Tetapi jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali. Manakala , pendapat Syeikh Ibnu Hajar, orang yang fasik boleh menajdi wali kerana pada masa sekarang, kebanyakan oaring menajdi wali adalah daripada oaring yang fask. Wali nasab Iaitu wali yang ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan yang akan bernikah; 1. bapa 2. datuk sebelah bapa 3. saudara lelaki seibu sebapa 4. saudara lelaki sebapa 5. anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa 6. anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa 7. bapa saudara lelaki dari pihak bapa seibu sebapa 8. bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa 9. anak lelaki kepada kepada bapa saudara lelaki dari pihak seibu sebapa 10. anak lelaki kepada bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa 11. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa 12. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa sebapa Dan bgitulah seterusnya susunan wali nasab mengikut susunan waris dalam pusaka Wali bapa Wali bapa dikenal dalam istilah fikrah dengan wali akrab ( wali yang lebih dekat) dan wali yang lain dikenal dengan wali ‘Ab’ad ( wali yang lebih jauh) jika wali nombor satu tiada , maka bolehlah wali nombor dua menjadi wali , dan begitulah seterusnya hingga ke bawah. Wali-wali tersebut berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya mengikut giliran dekatnya, ( iaitu selagi ada wali terdekat yang mencukupi syarat-syaratnya, wali ab’ad tidak berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya .Sebaliknya jika wali terdekat itu tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk mewalikan akad nikah, maka hak wali itu berpindah kepada wali ab’ad yang cukup syarat-syaratnya. Sebab-sebab hak wali berpindah (
yang mana sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini kepada wali
akrab(terdekat) , maka hak wali berpindah kepada wali ab’ad; 1. kafir 2. fasik 3. tidak adil 4. gila 5. masik kanak-kanak 6. bisu 7. bodoh 8. hamba Wali bapa dan wali datuk ( wali mujbir) Iaitu wali yang harus menikahkan anak atau cucunya yang masih perawan tanpa perlu minta izin dari perempuan tersebut.tetapi jika perempuan itu telah menjadi janda atau hilang perawannya , maka mesti minta izin dulu sebelum menikahkannya. Syarat bagi sah nikah dengan berwalikan wali mujbir wali mujbir boleh menikahkan anak perwan tanpa izin perempuan tersebut terlebih dahulu jika ia memenuhi semua syarat-syarat ini; 1. tiada permusuhan di antara perempuan tersebut dengan wali itu 2. tiada permusuhan antara perempuan tersebut dengan bakal suaminya 3. perempuan tersebut sekufu dengan bakal suaminya 4. bakal suami tersebut sanggup membayar maskahwinnya dengan tunai . Syarat bagi wali mujbir harus menikahkan( anak atau cucu perempuan) 1. Dibayar dengan maskahwinnya yang sesuai mengikut adat negeri 2. maskahwin itu mestilah dibayar dengan wang dalam negeri 3. bakal suami perempuan itu bukan orang yang susah berkehidupan dengannya, seperti cacat yang membebankan atau terlalu tua Sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipenuhi, haram wali mujbir melaksanakan akadnya, tetapi jika dilaksanakan juga, nikahnya tetap sah, meskipun hukumnya tetap haram. Keizinan perempuan Sebelum dilakukan pernikahan hendaklah terlebih dahulu meminta keizinan daripada perempuan yang hendak dinikahkan itu, iaitu : 1. Peermpuan yang masih dara tidak boleh dinikahkan oleh selain daripada wali mujbir kecuali sesudah perempuan tersebut memberi keizinan. 2. Perempuan yang masih dara yang hendak dinikahkan oleh wali mujbir adalah sunat diminta keizinan daripada perempuan tersebut. 3. perempuan janda yang sudah baligh tidak boleh dinikahkan , kecuali setelah dia memberi keizinan dengan terang. 4. perempuan janda yang belum baligh tidak boleh dinikahkan sebelum perempuan itu baligh kerana izinnya di masa sebelum baligh itu tidak sah , iaitu tidak dipakai. Anak
tidak boleh menikahkan ibu Anak tidak sah menikahkan ibunya kecuali ia menajdi kadi. Wali datuk Datuk boleh menjalankan ijab dan qabul bersama-sama dalam nikah yang satu , iaitu menjalankan ijab pada nikah anak perempuan kepada anak lelakinya ( cucu perempuannya ) , dan qabul anak lelaki kepada anak lelakinya yang lain ( cucu lelaki).
Wali hakim Wali hakim ialah keketua negara Islam negara yang beragama Islam yang mempunyai kekuasaan. Dia boleh mengangkat orang lain menjadi wali hakim mengakadnikahkan perempuan yang berwali hakim, pada sebuah negara di mana ketua negaranya bukan beragama Islam atau negara itu bukan negara Islam . Wali hakim boleh dilantik oleh segolongan orang yang terdiri daripada orang alim, pemimpin , dan orang yang terkemuka dari orang Islam yang ada ditempat itu. Wali tahkim Iaitu lelaki dan perempuan yang hendak bernikah itu mestilah hadir di hadapan orang yang hendak mengakadnikahkan itu( iaitu di mana negari itu tiada wali hakim) dan orang itu mestilah orang yang mengetahui segala hukum hakam serta orang alim dan warak .Yang mana pasangan itu hendaklah menyatakan yang mereka ingin melantik orang tersebut sebagai wali tahkimnya dan orang tersebut memahami serta menerima perlantikan tersebut. Keadaan perempuan yang berwali hakim Harus bagi perempuan bernikah dengan berwalikan hakim dengan salah satu daripada sebab-sebab tersebut 1. Tidak ada wali nasab 2. Tidak ada wali akrab yang mencukupi syarat sebagai wali , dan wali ab’ad juga tidak ada 3. Wali akrab tinggal ditempat yang jauh sekadar perjalanan yang menharuskan solat qasar( perjalanan 2 marhalah). 4. wali akrab masuk penjara dan tidak boleh berhubung dengannya 5. wali akrab sedang dalam ihram haji atau umrah 6. wali akrab enggan menikahkannya 7. wali akrab bersembunyi kerana enggan menikahkannya 8. wali akrab berdegil tidak mahu menikahkannya 9. wali akrab hilang dan tidak ada khabar berita 10. wali akrab hendak kahwin sendiri dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang sepangkat dengannya. Wali buta Jika wali akrab buta, maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya kerana wali yang buta itu masih mengetahui perkara kufu’ serta hal perbincangan mengenai pernikahan itu. Wali bisu Bagi wali bisu yang tidak dapat memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil haruslah ia berwakil kepada wali ab’ad , tetapi jika wali yang bisu tadi boleh memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil , maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya sebagai wakil mengakadkan pernikahan , sebaliknya wali yang bisu itu yang menjadi walinya dengan berwakil secara isyarat atau lisan. Wali pitam/mabuk Bila wali akrab itu pitam atau mabuk yang tidak senghaja , tidak harus bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan itu , malah hendaklah ditunggu sehingga wali akrab tadi sembuh ataupun masa tempoh menunggu ini sehingga tiga hari. Jika perempuan yang hendak bernikah itu hendak juga bernikah dalam masa wali akrabnya pitam/mabuk selama tiga hari tadi, maka haruslah bagi hakim mengahwinkannya atau bertahkim , iaitu berwalikan dengan wali tahkim . Ini ialah jika pada suatu negeri itu tidak ada wali hakim. Tetapi jika wali akrab yang pitam/mabuk tadi tidak sembuh juga sehingga melebihi tempoh tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan tersebut. Begitu juga jika mengesahkan oleh seseorang yang dipercayai perkataannya di permulaan pitam/mabuk wali tersebut, bahawa wali itu akan pitam/mabuk lebih daripada tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan itu di permulaan pitam atau mabuk wali yang akrab tadi. Wali yang ihram Bila wali yang akrab itu di dalam ihram , tidak harus bagi wali yang ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, sebaliknya wali hakim atau wali tahkim ( jika negara itu tiada wali hakim) lebih berhak untuk mengahwinkannya. Jika wali hakim atau kadi berada dalam ihram, maka haruslah orang yang menjadi ganti wali hakim tersebut mengahwinkan perempuan yang diwalikannya kerana hakim atau kadi itu bukanlah sifatnya sebagai wakil mutlak, malah adalah sebagai wali bagi mereka yang tidak berwali. Berwakil dalam ihram Jika seoang wali berwakil kepada seseorang untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, yang mana wali yang berwakil tadi di dalam ihram, maka tidaklah sah akad wakilan itu, begitu juga bila seorang suami yang ada di dalam ihram berwakil untuk menerima nikahnya, maka akad wakilan itu tidak sah walaupun orang yang menerima sebagai wakil itu bukan dalam ihram. Tatapi jika berwakil oleh seseorang waktu ihramnya untuk menerima akad nikahnya selepas tahalul sesudah ihram maka sahlah akad wakilan itu. Begitu juga bila berwakil seseorang wali untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya atau berwakil seseorang suami untuk menerima akad nikahnya tanpa menentukan masanya dan mengakad oleh orang yang menerima wakil itu selepas tahalul , maka akad wakil itu adalah sah, kerana berlaku akad itu bukan pada masa orang yang berwakil (suami) tadi di dalam ihram , bahkan pada masa tahalulnya. Syarat –syarat dua orang saksi 1. Islam , orang kafir tidak sah menjadi saksi nikah , serta tidak sah menjadi saksi nikah bagi orang yang tersembunyi keIslamnya 2. Berakal. Orang gila tidak sah menajdi saksi 3. Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi nikah 4. Merdeka. Hamba sahaya tidak sah menjadi saksi, begitu juga tidak sah menjadi saksi bagi mereka yang tersembunyi merdekanya. 5. lelaki. Perempuan tidak sah menjadi saksi. 6. Adil. Jika orang yang menajdi saksi itu tersembunyi keadilannya , maka nikah itu adalah sah, dan tidak wajib diperiksa dan dicari keadilannya yang tersembunyi bagi saksi itu. 7. Tidak fasik. Orang yang fasik tidak sah dan tidak diterima menjadi saksi. 8. Mendengar. Orang yang tuli/pekak tidak sah menjadi saksi, kerana mereka itu tidak mengetahui apa yang dikatakan ketika ijab/qabul 9. Melihat. Orang buta tidak sah menjadi saksi, kerena mereka juga tidak mengetahui orang yang diakadnikahkan dan yang mengakadkan itu. 10. Faham/mengerti. Dua orang yang menjadi saksi itu mestilah faham dan mengerti bahasa yang digunakan oleh wali dan lelaki itu ketika ijab/qabul. Jika saksi tersebut tidak faham dan tidak mengerti bahasa yang digunakan dalam ijab/qabul, maka nikah tersebut tidak sah. 11. Kuat ingatan. ADua orang menajdi saksi itu mestilah kuat ingatannya apa yang didengar dan yang dilihatnya ketika ijab/qabul, tetapi tidaklah menjadi batal saksinya sekiranya saksi itu ingat akan lafaz akad yang didengarnya itu , kemudian dia lupa. Syarat suami untuk sah nikah 1. Suami itu hendaklah Islam sekiranya isterinya Islam. 2. Suami itu hendaklah jangan ihram 3. suami berkahwin dengan kehendaknya sendiri tanpa dipaksa atau diugut 4. suami itu hendaklah orang yang usdah baligh, tetapi sekiranya belum baligh, hendaklah bapa atau datuknya yang mengqabul nikahnya itu. 5. Suami hendaklah berakal dan jika suami tidak berakal, seperti gila atau tidak siuman, maka yang menikahkannya ialah bapa atau datuknya, ataupun hakim sesudah berunding minta fikiran dan pendapat daripada kaum kerabatnya, di mana dia tidaklah harus dinikahkan kecuali kerana berkehendak ataupun kerana hajat yang difikirkan perlu. 6. Suami itu hendaklah mengetahui ketika melakukan akad nikah itu bahawa perempuan itu halal nikah baginya , jika suami itu bernikah dengan seorang perempuan yang dia tidak mengetahui keadaan perempuan tersebut halal dinikahinya atau tidak, maka yang demikian nikahnya itu tidak sah. 7. Suami tidak tidak dalam keadaan empat isteri atau salah seorang daripada isterinya yang empat itu dalam iddah raj’I 8. suami itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai suami kepada isteri yang dinikahinya tadi. Syarat-syarat bagi perempuan ( isteri) untuk halal dan sah nikahnya 1. Isteri hendaklah Islam jika suaminya Islam 2. Isteri itu tidak dalam ihram 3. Isteri itu bukan isteri orang 4. Isteri itu bukan dalam iddah 5. Isteri itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai isteri kepada suami yang dinikahinya.
Bagaimana
membahagiakan suami Sambutan
yang menyenangkan A)
menyambut kepulangan suami atau ketika menemuinya dengan wajah
ceria ; 1.
Sambut kepulangan suami atau ketika menemuinya
dengan wajah ceria , dengan senyum dari hati yang tulus ikhlas dan
penuh rasa cinta kerana ia mampu memberi ketenteraman dan kebahagiaan
kepada suami . 2.
Sabda Rasulullah saw. “ Dari Abu Dzar ra. Berkata, berkata
kepadaku Rasulullah saw; “ Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil
apapun, meski hanya sekadar wajah cerah yang kamu berikan ketika bertemu
saudaramu” ( HR Muslim) 3.
Memberi senyuman kepada suami akan mendapat pahala di sisi Allah. B)
berhias dan memakai wangian 1.
Salah satu hal yang dapat melapangkan dada dan menyejukkan mata
suami adalah melihat isterinya tampil dengan dandanan yang memikat,
Pakaian indah berhiaskan wajah manis serta dandanan rambut yang mempersona
dan beraroma wewangian, akan segera menumbuhkan rasa bahagia bagi
suami yang memandangnya . 2.
Hendaklah selalu berhias di hadapan suami kerana ia dapat
menyelamatkan suami dan menjaganya dari godaan dan fitnah para pesolek
yang kini memenuhi setiap tempat dan jalanan, serta menahannya dari
keinginan memandang wanita lain selain isterinya. C)
Khabar yang menyenangkan 1.
Ketika suami tiba di rumah , seorang isteri hendaklah tidak
bercerita kepadanya kecuali perkara yang menyenangkan . 2.
Allah menyuruh para isteri muslimah menjadi penemteram bagi
suaminya iaitu meliputi makna
ketenangan, kebahagiaan , kedamaian, kepuasan kegembiraan dan sebagainya. 3.
Janganlah seorang isteri menceritakan hal-hal yang menyedihkan atau
memancing emosi, sementara suami baru saja tiba di rumah dalam keadaan
letih dan penat. Sebaliknya hendaklah isteri bersikap bijaksana dengan
memilih waktu lain yang sesuai dengan rangkai kata dan suara yang begitu
menyenangkan 4.
Elakkan dari membesar-besarkan cerita yang sebenarnya memang tidak
seberapa. 5.
Berusahalah agar dapat menciptakan rumahtangga yang dapat
membangkitkan rasa cinta dan kerinduan, dan bukan sebaliknya rumahtangga
yang beronak duri dan siap mencabik cabik ketenagan hati. 6.
penuhi hati dengan kelembutan dan kasih sayang , kerana ia akan
dapat membangkitkan rasa kasih sayang suami juga.. D)
ungkapan kerinduan Salah
satu factor yang yang dapat membahagiakan perasaan suami dan menghapuskan
kepenatannya ialah apabila isterinya menyambut kedatangannya dengan
ungkapan yang mengandungi kerinduan , kerana ungkapan-ungkapan yang indah
dapat mempereratkan dan kasih sayang suami isteri selin dapat
mengembangkan sayap kebahgian rumahtangga. E)
Menyiapkan hidangan Hendaklah
isteri menyediakan dan mempersiapkan hidangan dengan cermat dan penuh
perhatian dan layanan yang terbaik kerana ia mampu mengelakkan dari
berlaku perkara-perkara seperti tidak puas hati, atau pertengkaran atau
perkara negatif yang lain. Memperindah
dan meperlembutkan suara. 1.
Secara tabii , Allah mencipta wanita dengan memiliki suara yang
indah dan lembut . 2.
Keindahan ini bukan sahaja dapat memperdayakan kaum lelaki bahkan
juga boleh mendatangkan fitnah dan menimbulkan nafsu lelaki .. 3.
Firman Allah “ Janganlah kalian melembutkan suara dalam
berbincang sehingga terusiklah orang yang ada penyakit di hatinyadan
berkatalah dengan kata-kata yang ma’ruf.” ( Al-Ahzab ayat 32) 4.
Oleh itu, Allah menyuruh para muslimah supaya tidak memerdukan atau
memanjakan suaranya dengan lelaki bukan mahram , kecuali hanya kepada
suaminya sahaja . 5.
ketika berbicara dengan suami hendaklah -
berbicara dengan suara yang merdu dan lembut serta dengan nada yang
manja dan menyenangkan. -
Berbincang dengan perbincangan yang menyenangkan serta kalimat yang
baik. -
Bersikap dengan penuh perhatian dengan menghadapkan muka ketika
berbicara. -
Memanggil suami dengan panggilan kesukaannya. -
Tidak dilarang menggunakan kalimat yang mengandungi gurauan dengan
sitingkahi sikap manja. Berhias dan bersolek Anjuran
bersolek 1.
ajaran Islam menganjurkan para wanita untuk berdandan dan bersolek
, tetapi mengikut batas batas tertentu yang telah disyariatkan oleh Islam
serta dalam rangka mewujudkan
kebahagiaan hidup rumahtangga . 2.
Allah menyukai keindahan dan menjadikan sikap suka berhias bagi
mewujudkan kebahagiaan rumahtangga ini sebagai salah satu sunnah rasul .
Sabda Dari Abu Ayyub ra. Berkata . bersabda Rasulullah saw , “ Rasa malu,
suka wewangian, siwak, dan nikah adalah sunnah para rasul .” ( HR
Tirmidzi) 3.
Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada seorang wanita yang
berdandan( dibenarkan hanya di hadapan suaminya) kerana dengan dandanan
itu , ia menjadi penyejuk mata yang memandangnya. Sebagaimana sabda
Rasulullah “ Dari ibnu Abas ra. Berkata, Rasulullah saw. Berkata kepada
Umar bin Khattab, “ Maukah engkau saya beritahu tentang sebuah simpanan
terbaik seseorang? Iaitu wanita solehah , yang apabila suaminya melihat
merasa senang , apabila diperintah ia taat, dan apabila suaminya tidak ada
ia menjaga ( kehormatannya) .” ( HR Abu Daud) 4.
Jangan biarkan suami melihat suatu yang tidak menyenangkan hatinya
seperti kotoran dan sebagainya kerana dandanan dan wewangian pada isteri
itu dapat membahagiakan suami dan memberi semangat kepadanya dalam
melaksanakan tugas-tugas seharian. 5.
Dandanan dan wangian pada isteri dapat menjaga dan memagari suami
dari keinginan berbuat maksiat atau
tergoda dengan wanita selain isterinya. Khitan
adalah bahagian dari berhias ‘
Dari Aby Hurairah ra. Berkata, bersabda Rasulullah saw: “ fitrah itu ada
5 : khitan, mencukur rambut kemaluan, merapikan kumis , memotong kuku ,
mencabut bulu ketiak”. ( HR keenam rawi). Memakai
wangian selepas haid Setelah
seorang wanita suci dari haid, hendaklah mengambil sepotong kapas , kain
atau yang sejenisnya kemudian diolesi dengan minyak wangi atau wewangian,
lantas dogosokkan pada kemaluannya untuk menghilangkan bau yang tidak
sedap. Waktu
berhias 1.
Allah berfirman “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
budak-budak yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara
kamu meminta izin kepadamu tiga kali ( dalam satu hari) iaitu: sebelum
solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian luarmu di tengahari, dan
sesudah solat isya’ . Itulah tiga aurat bagi kamu.” ( An-Nuur: ayat
58) 2.
Daripada dalil di atas ,waktu untuk berhias ialah -Sebelum subuh,
tengahari, dan selepas isyak ( iaitu waktu yang mana di waktu itu banyak
bahagian tubuh yang terdedah) 3.
Selain itu , waktu-waktu berhias ialah -
ketika melakukan jima’ -
saat menyambut kepulangan suami dari kerja atau bepergian jauh yang
menyebabkan perpisahan lama. Cara
berdandan -
bervariasilah dalam berdandan dan menggunakan wangian, kerana
ssesuatu yang indah dan mempersona itu lama kelamaan akan menjemukan ,
sebaliknya pada suatu yang baru dan penuh variasi ada kesegaran dan daya
penarik. -
Berupayalah memenuhi selera suami, misalnya dlm memilih warna,
jenis kain dan fesyen, disamping wariasi wangian, dandanan rambut dan lain
lain yang dibenarkan dalam Islam. Dandanan
yang diharamkan Al-Wasal
( cemara) – rambut palsu 1.
Al-Wasal ( cemara) iaitu menyambungkan rambut seorang perempuan
dengan rambut orang lain, .atau dengan kata lain memakai rambut palsu ,
hukumnya haram secara mutlak.. 2.
Mengikut pandangan Imam Malik, ,Ulama’ mazhab Hanafi dan banyak
lagi yang lain, bercemara itu dilarang, baik dengan menggunakan kain, atau
wool( bulu) atau carikan kain. 3.
Diharamkan jika cemara yang digunakan terbuat daripada bulu
binatang yang dah mati atau binatang yang diharamkan memakannya, kerana
semua bulu-bulu ini dianngap najis . 4.
Jika Cemara yang digunakan itu, bukan terbuat daripada rambut
manusia , atau bukan dari jenis bahan yang najis seperti bulu bangkai atau
bulu binatang yang haram dimakan, hukumnya haram bagi wanita yang belum
bersuami. Tetapi jika telah bersuami, ia bergantung kepada keinzinan
suaminya, jika diizinkan, maka dibolehkan memakainya.. Mencukur
bulu kening Sabda
Rasulullah saw; “
Allah mengutuk wanita-wanita pentato dan mereka yang diminta ditato,
wanita-wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alisnya ,
wanita-wanita yang mengikir giginya agar lebih indah dan mereka yang
merubah ciptaan Allah..” Tato Menurut
Asy-Syafi’I, tempat yang ditato menjadi najis dan wajib dihilangkan jika
tidak mendatangkan kemudharatan. Mengikir
gigi Mengikir
gigi dengan maksud agar tampak kecil-kecil dan lebih menarik , adalah
haram, baik atas si tukang kikir atau pun yang dikikir. Diharamkan apabila
tujuannya semata-mata untuk keindahan , tetapi klau tujuannya adalah untuk
memperbaiki aib,atau mengatur gigi yang tidah teratur , maka tak apalah
hal itu dilakukan. Merubah
ciptaan Allah Termasuk
yang dihukumi haram ialah mereka yang merubah ciptaan Allah dengan
menambah atau mengurangi. Seperti merubah bentuk wajah dengan make=up,
bentuk bibir dan alis. Termasuk juga mencukur alis, mengecat kuku dan
lain-lain. Membersihkan
wajah dari bulu-bulu Wajah
wanita pada asalnya tidah ditumbuhi bulu. Bahkan Imam Ahmad sendiri dalam
“ Ad-Din Al-Khalish” mengtakan “ kalau ada wanita yang tumbuh
janggut atau kumis, maka tidaklah haram menghilangkannya, bahkan mustahab
atau malah wajib seperti keterangan lalu.”
Dengan demikian wanita hendaknya membersihkan wajah dengan cara
lembut seperti menggunakan krim atau sebagainya dan dilarang
membersihkannya dengan pisau cukur. Minyak
wangi Haram
atas wanita memakai minyak wangi selain untuk suaminya sahaja . Sebaiknya
pakailah minyak wangi yang banya tidak terlalu meransang, sebagaimana
anjuran Rasulullah “ Sesungguhnya minyak wangi untuk lelaki ialah yang
kuat baunya dan kabur warnanya sedang minyak wangi untuk wanita ialah yang
menjolok warnanya dan kurang baunya.” Asy-Syaukani mengatakan :” terdapat pertanyaan mengenai wanita yang berjalan-jalan melewati majlis-majlis sedang ia memakai minyak wangi yang menyengatkan hidung, wanita itu disebut sebagai penzina.
Rela
terhadap pembahagian 1.
Untuk merealisasikan kebahagiaan rumahtangga, ajaran Islam memberi
beberapa tuntunan, khususnya kepada para isteri yang salah satunya adalah
agar seorang wanita rela akan pembahagian Allah ke atas dirinya. 2.
Tuntunan ini khususnya
ditujukan kepada para isteri , kerana merekalah yang lebih diharapkan
peranannya dalam menciptakan kebahagiaan suami dan rumahtangga . 3.
Kerelaan ini dapat menenangkan suami dikala ia mengalami kegagalan
di dalam apa yang dia usahakan bagi memenuhi keperluan keluarganya.
Ini kerana seorang suami yang bertanggungjawab akan selalu berusaha
untuk memenuhi segela keperluan rumahtangganya Bagaimanapun, kekadang, apa
yang diusahakannya tidak berjaya lantaran terbatas oleh kemampuan dirinya.
Kegagalan seperti ini menyebabkan ia sedih dan gelisah. tetapi jika ia
mendapati isterinya menerima kekurangan yang ada pada dirinya dengan redha,
segala kesedihannya akan hilang. 4.
Dalam hal ini , isteri hendaklah bersikap dengan sabar dan redha
serta merasa cukup dengan apa yang ada.Dan menganggap segala yang dikecapi
adalah kurniaan dari Allah semata-mata.
|