muka utama
 

Masyarakat Islam

Masyarakat Islam adalah satu umat atau kumpulan manusia yang terbina atas dasar ukhuwah atau  terikat oleh tali persaudaraan dan kasih sayang yang berlandaskan keimanan , ketaatan dan ketakwaan kepada Allah , yang dilaksanakan untuk menegakkan hukum dan kalimah Allah serta memakmurkan bumi dengan syariat Allah supaya mendapat keredhaan Allah serta kebahagiaan di dunia dan akhirat .

 

Firman Allah ;

“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara ,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah nescaya kamu mendapat rahmat.” (  Al-Hujurat ayat 10)

 

Sabda Rasulullah saw ;

“ Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun , saling kuat-menguat antara satu sama lain “

 

Firman Allah;

“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali ( agama ) Allah , dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni’mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu ( masa jahiliyah) bermusuh-musuhan , maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni’mat Allah orang-orang yang bersaudara , dan kamu telah berada di tepi jurang neraka , lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya .

( Ali’imran ayat 103)

 

 

Muslimat sebagai Anggota Masyarakat

 Peranan muslimat dalam masyarkat adalah sama pentingnya seperti kaum muslimin untuk mewujudkan masyarakat yang soleh solehah. Muslimat sebagai anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab antara lain menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar bersama-sama dengan kaum muslimin.

 

Firman Allah yang bermaksud;

“ Dan orang yang mu’min lelaki da perempuan sebahagian daripada mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain , mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar , mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasul . Mereka itu akan dirahmati Allah . Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana. ( At-Taubah : 71)

 

Di antara kerja amar ma’ruf nahi munkar yang dilakukan oleh muslimat di zaman sahabat ialah dalam bentuk teguran oleh seorang muslimat  kepada Amirul mukminin  Umar bin Al Khattab ketika sedang berucap untuk menyekat menaikkan kadar maskawin dengan kata-kata : “ Umar , patutkah engkau berbuat demikian sedangkan Allah megizinkan para wanita menaikkan maskawin walaupun dengan kadar satu pikul emas?” . lalu Umar menyedari akan kesilapannya dan merujuk kembali kepada asalnya iaitu tidak membuat sekatan terhadap turun naiknya kadar maskawin.

 

 

 

Konsep ukhuwah dan hubungan persaudaraan dalam masyarakat Islam

 

1.      Hubungan yang dijalin  di dalam masyarakat mestilah berlandaskan kepada hukum dan syariat Allah yang mana hubungan itu membawa ahlinya kepada ketaatan kepada Allah dan rasulnya.

“ Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di dalam dosa dan permusuhan .” ( Al-Ma’idah ayat2)

 

2.      Memahami bahawa ukhuwah adalah satu keperluan untuk bekerjasama  bagi melahirkan sikap berkorban serta sikap berusaha untuk memenuhi keperluan saudaranya

Sabda Rasulullah ;

“ Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama-sama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya ( dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda ) amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini.”

( Hadith riwayat Al-Hakim)

 

3.      Memahami bahawa persaudaraan adalah kerjasama di bidang kebendaan, harta  dan keduniaan; sebagaimana sabda Rasulullah saw;

“ Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan ( urusannya ) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya .”

 

4.      Memahami bahawa terdapat tanggungjawab-tanggungjawab atau hak-hak ringkas yang harus dipenuhi di dalam masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah saw;

“ Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada enam perkara; (1) apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam (2) apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya , (3) apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihta kepadanya (4) apabila ia bersin dan bertahmid , hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit , (5) apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya (6) apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya .”  ( hadis riwayat muslim)

 

5.      Memahami bahawa betapa pentingnya mewujudkan kemesraan  dan kasih sayang serta sikap saling bantu membantu di dalam masyarakat Islam seluruhnya .Sebagaimana sabda Rasulullah saw;

“ janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling benci membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. ( Sebaliknya ) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara . Ti dak halal bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya ( yang mu’min) melebihi tiga hari.”

 

6.      Memahami bahawa ukhuwah bermaksud setia kepada saudaranya di dalam perkara kebaikan  sebagaimana sabda Rasulullah saw;

“ barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka ia bukanlah dari golongan mereka .”

 

7.      Memahami bahawa ukhuwah penting bagi keselamatan dan kesejahteraan saudaranya yang mukmin dari ancaman bahaya dan musuh- musuh Islam . Sebagaimana sabda Rasulullah saw;

 “ Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya  dari siksaan api neraka di hari qiamat.” ( hadis riwayat  Al-Tirmizi)

 

 

Hak-hak wanita dalam masyarakat Islam

 Persamaan samarata antara lelaki dan perempuan dari tanggapan Barat

 Ramai dikalangan kita sebagai wanita terutama yang berpendidikan dan berkelulusan tinggi dalam bidang sains dan ekonomi inggin dianggap samarata dengan lelaki . Kesamarataan ini selalunya terjadi di dalam sector pentadbiran dan pengurusan yang mana wanita juga seharusnya diberi hak jawatan yang tinggi atau memegang tampuk pentadbiran sebagaimana yang dimiliki oleh lelaki . Sebenarnya sikap seperti ini adalah pengaruh daripada barat yang mana ia merupakan penganiyaan terhadap wanita itu sendiri.

              Wanita di Barat  diberikan hak-hak yang sama dengan kaum lelaki bukanlah kerana mereka itu dilahirkan sebagai wanita . Wanita diberikan semua hak-hak yang setimpal dengan kaum lelaki kerana Barat  mensifatkan wanita itu bersifat lelaki dan bukannya bersifat kewanitaan. Dengan menyalah anggap kekdudukan lelaki dan wanita , lelaki barat menghendaki agar wanita melakukan semua pekerjaan iaitu pekerjaan yang dikhususkan kepada keum lelaki ( seperti keluar rumah mencari rezeki ) dan juga  pekerjaan yang dikhususkan kepada kaum wanita sahaja ( iaitu pekerjaan yang tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki ; contohnya seperti menguruskan rumahtangga dan anank-anak) . Ini bermakna wanita tersebut telah memikul tiga perempat jumlah tanggungjawab manakala orang lelaki hanya memikul  satu perempat sahaja . Inilah yang yang disifatkan oleh orang-orang barat sebagai persamaan bagi kaum wanita.