muka
utama
FIQH DAN IBADAH |
||||
Waktu
waktu solat
Syarat-syarat
sembahyang Syarat
–syarat sah sembahyang ada 8 perkara, yang mana kalau tidak menepati
syarat-syarat ini, sembahyangnya tidak sah. 1.
Suci daripada hadas kecil dan besar. 2.
Suci dari najis pada pakaian , badan dan tempat. 3.
Menutup aurat : Aurat perempuan dalam sembahyang ialah seluruh
badan kecuali muka dan dua tapak tangan. 4.
Mengadap kiblat ( iaitu kaabah) dengan dada. 5.
Hendaklah ia mengetahui bahawa sembahyang itu fardhu atasnya. Jika ia iktikadkan bahawa sembahyang (yang
fardhu) itu sembahyang sunat, maka tidak sah sembahyangnya. 6.
Janganlah ia beriktikad akan sesuatu dari fardhu-fardhu sembahyang
(yakni rukun-rukun) itu sebagai sunat, seperti diiktikadkan Fatihah itu
sunat atau rukuk itu sunat , atau sujud itu sunat. Jika ia iktikadkan
demikian, tidak sah sembahyangnya . 7.
Masuk waktu: tidak sah sembahyang melainkan setelah mauk waktunya.
Kalau ia hendak sembahyang zohor misalnya pada waktu dhuha, maka
sembahyangnya tidak sah. 8.
menjauhkan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti
bergerak tiga kali berturut-turut.kalau ia melakukan perkara-perkara yang
membatalkan sembahyang , maka batal sembahyangnya. Rukun
rukun sembahyang Rukun-rukun
sembahyang ada 13 perkara 1.
Niat 2.
takbiratulihram 3.
Berdiri bagi yang kuasa dalam sembahyang fardhu 4.
membaca fatihah 5.
rukuk ; iaitu orang yang sembahyang itu hendaklah tunduk sehingga
dua tapak tangannya dapat mencapai dua lututnya 6.
Iktidal; iaitu berdiri semula dari rukuk, disyaratkan jangan
terlalu lama daripada bacaan yang ditetapkan di dalamnya. 7.
Sujud dua kali. Sujud itu ialah meletakkan dahi di tikar sembahyang
; disyaratkan hendaklah; -
orang yang sembahyang itu sujud di atas 7 anggota (dahi , dua tapak
tangan, dua lutut, dan hujung kedua kaki). -
Dan hendaklah ia meninggikan bahagian punggungnya dari bahagian
kepalanya. -
Jangan sujud di atas sesuatu yang bergerak -
Jangan ada sesuatu seperti kain tudung yang menghalang dahinya dari
menyentuh tikar sembahyang.( jika ada kain yang menghalang, bermakna
sujudnya tidak sah) . 8.
Duduk diantara 2 sujud. Janganlah terlalu lama sehingga melebihi
waktu membaca bacaan yang ditetapkan di dalamnya 9.
membaca tahiyat akhir 10.
duduk membaca tahiyat akhir 11.
selawat atas Nabi di dalam tahiyat akhir 12.
memberi salam 13.
Tertib ( iaitu menurut susunannya yang tersebut) Sujud
sahwi Sujud
Sahwi : Ialah dua sujud sebelum memberi salam , seperti sujud dalam
sembahyang , yang dilakukan kerana terlupa . Sujud
Sahwi dikehendaki melakukannya oleh imam atau orang solat sembahyang
seorang diri, apabila dia ada meninggalkan salah satu dari sunat-sunat ab’ad
dalam sembahyang , atau kerana melakukan sesuatu yang dilarang seperti
menambah “rukun fe’ili’’ disebabkan terlupa , atau memindahkan
satu “rukun qauli”kepada bukan tempatnya. Tentang
makmum, janganlah ia melakukan sujud sahwi dengan bersendirian, tetapi
hendaklah is sujud mengikut imam apabila imamnya melakukan sesuatu yang
dikehendaki ia sujud sahwi. Kalau imamnya tidak sujud , hendaklah ia (
makmum) sujud sesudah imam memberi salam. Sujud
sahwi itu sunat dan tidak wajib melainkan ke atas makmum apabila imamnya
melakukan seujud sahwi. Peringatan
Jika seseorang ( sembahyang seorang diri atau menjadi imam) terlupa membaca tahiyat awal atau membaca qunut, dan mengingatinya apabila ia sampai kepada rukun selepas itu, maka ia tidak harus kembali semula pada ketika itu tetapi mengerjakan terus apa yang ia sedang kerjakan dan sunat baginya mengerjakan sujud sahwi. Kalau ia kembali semula untuk mengerjakan tahiyat awal sedangkan ia telahpun mengerjakan rukun selepas dedang ia senghaja dan dalam dalam keadaan mengetahuinya , , maka terbatallah sembahyangnya . Jika ia makmum, hendaklah ia mengikut sebagaimana imamnya mengerjakan sembahyang tersebut.
Perkara perkara yang membatalkan sembahyang
Pengurusan
jenazah A) Suami memandikan jenazah isteri atau sebaliknya Suami boleh memandikan jenazah isterinya serta isteri juga boleh memandikan jenazah suaminya Dalil-dalil yang menguatkan hujjah;
B) Apakah kain kafan bagi jenazah wanita? Yang disyariatkan mengenai kain kafan bagi jenazah perempuan ialah 5 lembar kain iatu kain sarung , baju , tudung, kain pembungkus dan satu lagi kain penbungkus yang lain , sebagaimana dalil di bawah ini ; 1. Di dalam satu riwayat daripada Laila binti Qanif Ats-Tsaqafiyah ra ia berkata : “ saya adalah termasuk orang yang memandikan jenazah Ummu Kultstsum bunti Rasulullah SAW ketika ia wafat. Waktu itu yang pertama –tama Rasulullah SAW berikan kepada kami ialah kain sarung, kemudian baju, kemudian tudung, kemudian kain pembungkus , kemudian sesudah itu saya kafankan lagi dengan kain yang lain .” lagi katanya ( Laila) : “ Rasulullah SAW ada dipintu memegang kafan puterinya sambil memberikan selembar demi selembar kepada kami.” ( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud) 2. Al-Bukhari mengatakan : Kata Al Hasan “ kain yang kelima diikatkan pada dua paha dan dua punggung di balik baju.” 3. Ummu ‘Athiyah ra ia mengatakan : “ dan kami bungkus ia ( jenazah perempuan ) dalam lima lembar kain dan kami kerudungi kepalanya seperti mengerudungi orang hidup.” 4. Ada golongan lain mengatakan : “ Pada dada jenazah perempuan itu perlu diikat dengan tali , agar kain-kain pembungkusnya menjadi ringkas . Dan menurut pendapat yang lebih kuat dalam mazhab Shafi’i dan Hambali, tidaklah makruh bila jenazah wanita itu diberi baju kurung.” 5. Jenazah perempuan boleh ( tetapi makruh ) dibungkus dengan kain sutera kerana sutera tidak diharamkan ke atas perempuan . C) Orang yang dalam keadaan junub dan haid boleh memandikan jenazah kerana kedua-duanya suci dari najis dengan dalil sabda Rasulullah SAW : “ Orang mu’min itu tidaklah najis.” D) Bolehkah wanita ikut serta dalam solat jenazah? Wanita dibenarkan melakukan solat jenazah dengan syarat iai tetap menutup aurat dan tidak mempertontonkan perhiasannya dan tidak bersikap menggoda lelai sebaigamana beberapa kisah sahabat di bawah ini: 1) Pengarang Fiqh As-Sunnah mengatakan : “ Umar telah menunggu Ummu Abdillah hingga ia sempat ikut menyembahyangkan jenazah Utbah. 2) Aisyah menyuruh agar jenazah Sa’ad bin Abi Waqqas dibawa ke hadapan beliau untuk disembahyangi.” 3) Kata An-Nawawi : “ Sayugianya wanitapun disunatkan melakukan solat jenazah secara berjemaah seperti pada solat lainnya.” E) Peraturan wanita menghantar jenazah ke tanah perkuburan Jumhur ulama mengatakan , pada perinsipnya wanita dilarang menghantar jenazah ke kubur, paling kurang hukumnya makruh. Pendapat ini berdasarkan keadaan jika wanita tersebut tidak mampu menguasai diri dengan dorongan perasaan mereka yang berlebih lebih. F) hukum meratap jenazah serta dalil Dilarang meratapi jenazah seperti dalil di bawah; 1)daripada Ibnu Mas’ud ra. , nabi bersabda; “ Tidaklah termasuk golongan kita yang akan memukuli pipi, merobek-robek leher baju dan berdoa seperti doa orang-orang jahiliyah ( atas kematian seseorang).” (
riwayat dipersetujui oleh al-Bukhari dan Muslim) 2)Abu Badrah r.a bahawa beliau telah berkata :” Abu Musa menderita sakit sehingga jatuh pengsan dan kepalanya terletak di pangkuan seorang wanita di kalangan keluarganya.seorang wanita lain yang juga dari kalangan keluarganya menjerit-jerit hingga sedikitpun tak dapat dicegah. Setelah Abu Musa sesar semula, dia berkata: “ Aku berlepas diri dari orang yang Rasulullah SAW berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Rasulullah SAW berlepas diri dari wanita yang menangis menjerit-jerit , mencukur rambutnya dan merobek-robek pakaiannya ( atas musibah yang menimpa) . (
riwayat dipersetujui oleh al-Bukhari dan Muslim) 3)Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a , bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ada empat perkara Jahiliyah di kalangan umatku yang tak mahu mereka tinggalkan : bermegah dengan pangkat, mencela nasib orang lain, meminta hujan pada hujan-hujan dan meratapi jenazah. Dan sabdanya : “ Orang yang meratapi jenazah bila dia tidak mahu bertaubat sebelum meninggal dunia , maka pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan mengenakan pakaian ter dan baju kudis .”
(
Ahmad, Muslim dan al-Hakim, dinilai sahih dan hasan oleh At-Tirdmizi) Sepatutnya seorang muslimah redha dan berserah diri pada Allah dengan mengucapkan “ Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un “ yang maksudnya , sesungguhnya kita milik Allah , dan kepadaNya kita semua bakal kembali. G) Berkabung Dilarang mengenakan pakaian serba hitam atas meninggalnya seseorang serta juga dilarang berkabung lebih dari tiga hari kecuali atas meninggalnya suami . H) ucapan takziah Dilarang mengucapkan takziah pada kematian yang telah terlalu lama . I) menziarahi kubur 1.
Terdapat perselisihan pendapat ulama’ dalam hal ini . 2. Di dalam riwayat daripada Abdullah Ibnu Abi Malikah bahawa Siti ‘Aisyah suatu hari datang dari tanah pekuburan, maka sayapun bertanya kepadanya : Ya Ummu Mu’minin, dari manakah kamu datang?” Beliaupun menjawab: “ dari kubur saudaraku Abdur Rahman.” Saya bertanya lagi kepadanya : “ Bukankah Rasulullah melarang wanita menziarahi kubur?” Beliau menjawab: “ Memang , asalnya beliau melarang , tapi kemudian menyuruh menziarahinya.” (
Riwayat Al-Hakim dan Ibnu Hibban dari ‘Aisyah , dan
dari Al Atsrum) 3.Bagaimanapun banyak ulama’ berpendapat menziarahi kubur itu boleh asalkan tidak mendatangkan fitnah, atau tidak meratap keras dalam keadaan menutup aurat.
|
|