@
Bagaimana 
membahagiakan suami 
 
Sambutan 
yang menyenangkan 
A)   
menyambut kepulangan suami atau ketika menemuinya dengan wajah ceria ;
1.     
Sambut kepulangan suami atau ketika menemuinya  
dengan wajah ceria , dengan senyum dari hati yang tulus ikhlas dan penuh 
rasa cinta kerana ia mampu memberi ketenteraman dan kebahagiaan kepada suami .
2.     
 Sabda Rasulullah saw. g 
Dari Abu Dzar ra. Berkata, berkata kepadaku Rasulullah saw; g Janganlah kamu 
meremehkan kebaikan sekecil apapun, meski hanya sekadar wajah cerah yang kamu 
berikan ketika bertemu saudaramuh ( HR Muslim)
3.     
Memberi senyuman kepada suami akan mendapat pahala di sisi Allah.
 
B)   
berhias dan memakai wangian
1.     
Salah satu hal yang dapat melapangkan dada dan menyejukkan mata suami 
adalah melihat isterinya tampil dengan dandanan yang memikat, Pakaian indah 
berhiaskan wajah manis serta dandanan rambut yang mempersona dan beraroma 
wewangian, akan segera menumbuhkan rasa bahagia bagi  
suami yang memandangnya .
2.     
Hendaklah selalu berhias di hadapan suami kerana ia dapat menyelamatkan 
suami dan menjaganya dari godaan dan fitnah para pesolek yang kini memenuhi 
setiap tempat dan jalanan, serta menahannya dari keinginan memandang wanita lain 
selain isterinya.
 
C)   
Khabar yang menyenangkan
1.     
Ketika suami tiba di rumah , seorang isteri hendaklah tidak bercerita 
kepadanya kecuali perkara yang menyenangkan .
2.     
Allah menyuruh para isteri muslimah menjadi penemteram bagi suaminya  
iaitu meliputi makna ketenangan, kebahagiaan , kedamaian, kepuasan  
kegembiraan dan sebagainya.
3.     
Janganlah seorang isteri menceritakan hal-hal yang menyedihkan atau 
memancing emosi, sementara suami baru saja tiba di rumah dalam keadaan letih dan 
penat. Sebaliknya hendaklah isteri bersikap bijaksana dengan memilih waktu lain 
yang sesuai dengan rangkai kata dan suara yang begitu menyenangkan 
4.     
Elakkan dari membesar-besarkan cerita yang sebenarnya memang tidak 
seberapa.
5.     
Berusahalah agar dapat menciptakan rumahtangga yang dapat membangkitkan 
rasa cinta dan kerinduan, dan bukan sebaliknya rumahtangga yang beronak duri dan 
siap  mencabik cabik ketenagan hati.  
6.     
penuhi hati dengan kelembutan dan kasih sayang , kerana ia akan dapat 
membangkitkan rasa kasih sayang suami juga..
 
D)   
ungkapan kerinduan
 Salah 
satu factor yang yang dapat membahagiakan perasaan suami dan menghapuskan 
kepenatannya ialah apabila isterinya menyambut kedatangannya dengan ungkapan 
yang mengandungi kerinduan , kerana ungkapan-ungkapan yang indah dapat 
mempereratkan dan kasih sayang suami isteri selin dapat mengembangkan sayap 
kebahgian rumahtangga.
 
E)   
Menyiapkan hidangan
Hendaklah 
isteri menyediakan dan mempersiapkan hidangan dengan cermat dan penuh perhatian 
dan layanan yang terbaik kerana ia mampu mengelakkan dari berlaku 
perkara-perkara seperti tidak puas hati, atau pertengkaran atau perkara negatif 
yang lain. 
 
 
Memperindah 
dan meperlembutkan suara.
1.     
Secara tabii , Allah mencipta wanita dengan memiliki suara yang indah dan 
lembut . 
2.     
Keindahan ini bukan sahaja dapat memperdayakan kaum lelaki bahkan juga 
boleh mendatangkan fitnah dan menimbulkan nafsu lelaki ..
3.     
Firman Allah g Janganlah kalian melembutkan suara dalam berbincang 
sehingga terusiklah orang yang ada penyakit di hatinyadan berkatalah dengan 
kata-kata yang mafruf.h ( Al-Ahzab ayat 32)
4.     
Oleh itu, Allah menyuruh para muslimah supaya tidak memerdukan atau 
memanjakan suaranya dengan lelaki bukan mahram , kecuali hanya kepada suaminya 
sahaja .
5.     
ketika berbicara dengan suami hendaklah 
-        
berbicara dengan suara yang merdu dan lembut serta dengan nada yang manja 
dan menyenangkan.
-        
Berbincang dengan perbincangan yang menyenangkan serta kalimat yang baik.
-        
Bersikap dengan penuh perhatian dengan menghadapkan muka ketika berbicara.
-        
Memanggil suami dengan panggilan kesukaannya.
-        
Tidak dilarang menggunakan kalimat yang mengandungi gurauan dengan 
sitingkahi sikap manja.
 
 
 
Anjuran 
bersolek
1.     
ajaran Islam menganjurkan para wanita untuk berdandan dan bersolek , 
tetapi mengikut batas batas tertentu yang telah disyariatkan oleh Islam serta  
dalam rangka mewujudkan kebahagiaan hidup rumahtangga .
2.     
Allah menyukai keindahan dan menjadikan sikap suka berhias bagi 
mewujudkan kebahagiaan rumahtangga ini sebagai salah satu sunnah rasul . Sabda 
Dari Abu Ayyub ra. Berkata . bersabda Rasulullah saw , g Rasa malu, suka 
wewangian, siwak, dan nikah adalah sunnah para rasul .h ( HR Tirmidzi)
3.     
Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada seorang wanita yang 
berdandan( dibenarkan hanya di hadapan suaminya) kerana dengan dandanan itu , ia 
menjadi penyejuk mata yang memandangnya. Sebagaimana sabda Rasulullah g Dari 
ibnu Abas ra. Berkata, Rasulullah saw. Berkata kepada Umar bin Khattab, g 
Maukah engkau saya beritahu tentang sebuah simpanan terbaik seseorang? Iaitu 
wanita solehah , yang apabila suaminya melihat merasa senang , apabila 
diperintah ia taat, dan apabila suaminya tidak ada ia menjaga ( kehormatannya) 
.h ( HR Abu Daud)
4.     
Jangan biarkan suami melihat suatu yang tidak menyenangkan hatinya 
seperti kotoran dan sebagainya kerana dandanan dan wewangian pada isteri itu 
dapat membahagiakan suami dan memberi semangat kepadanya dalam melaksanakan 
tugas-tugas seharian.
5.     
Dandanan dan wangian pada isteri dapat menjaga dan memagari suami dari 
keinginan berbuat maksiat  atau 
tergoda dengan wanita selain isterinya.
 
 
 
Khitan 
adalah bahagian dari berhias
e 
Dari Aby Hurairah ra. Berkata, bersabda Rasulullah saw: g fitrah itu ada 5 : 
khitan, mencukur rambut kemaluan, merapikan kumis , memotong kuku , mencabut 
bulu ketiakh. ( HR keenam rawi).
 
 
Memakai 
wangian selepas haid
Setelah 
seorang wanita suci dari haid, hendaklah mengambil sepotong kapas , kain atau 
yang sejenisnya kemudian diolesi dengan minyak wangi atau wewangian, lantas 
dogosokkan pada kemaluannya untuk menghilangkan bau yang tidak sedap.
 
Waktu 
berhias
1.     
Allah berfirman g Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak 
yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu meminta izin 
kepadamu tiga kali ( dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu 
menanggalkan pakaian luarmu di tengahari, dan sesudah solat isyaf . Itulah 
tiga aurat bagi kamu.h ( An-Nuur: ayat 58)
2.     
Daripada dalil di atas ,waktu untuk berhias ialah -Sebelum subuh, 
tengahari, dan selepas isyak ( iaitu waktu yang mana di waktu itu banyak 
bahagian tubuh yang terdedah)
3.     
Selain itu , waktu-waktu berhias ialah
-        
ketika melakukan jimaf
-        
saat menyambut kepulangan suami dari kerja atau bepergian jauh yang 
menyebabkan perpisahan lama.
 
 
Cara 
berdandan
-        
bervariasilah dalam berdandan dan menggunakan wangian, kerana ssesuatu 
yang indah dan mempersona itu lama kelamaan akan menjemukan , sebaliknya pada 
suatu yang baru dan penuh variasi ada kesegaran dan daya penarik.
-        
Berupayalah memenuhi selera suami, misalnya dlm memilih warna, jenis kain 
dan fesyen, disamping wariasi wangian, dandanan rambut dan lain lain yang 
dibenarkan dalam Islam.
 
 
Dandanan 
yang diharamkan
 
Al-Wasal 
( cemara) – rambut palsu
1.     
Al-Wasal ( cemara) iaitu menyambungkan rambut seorang perempuan dengan 
rambut orang lain, .atau dengan kata lain memakai rambut palsu , hukumnya haram 
secara mutlak.. 
2.     
Mengikut pandangan Imam Malik, ,Ulamaf mazhab Hanafi dan banyak lagi 
yang lain, bercemara itu dilarang, baik dengan menggunakan kain, atau wool( bulu) 
atau carikan kain.
3.     
Diharamkan jika cemara yang digunakan terbuat daripada bulu binatang yang 
dah mati atau binatang yang diharamkan memakannya, kerana semua bulu-bulu ini 
dianngap najis .
4.     
Jika Cemara yang digunakan itu, bukan terbuat daripada rambut manusia , 
atau bukan dari jenis bahan yang najis seperti bulu bangkai atau bulu binatang 
yang haram dimakan, hukumnya haram bagi wanita yang belum bersuami. Tetapi jika 
telah bersuami, ia bergantung kepada keinzinan suaminya, jika diizinkan, maka 
dibolehkan memakainya..
 
 
Mencukur 
bulu kening
Sabda 
Rasulullah saw;
g 
Allah mengutuk wanita-wanita pentato dan mereka yang diminta ditato, 
wanita-wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alisnya , 
wanita-wanita yang mengikir giginya agar lebih indah dan mereka yang merubah 
ciptaan Allah..h
 
Tato
Menurut 
Asy-SyafifI, tempat yang ditato menjadi najis dan wajib dihilangkan jika tidak 
mendatangkan kemudharatan.
 
 
Mengikir 
gigi
Mengikir 
gigi dengan maksud agar tampak kecil-kecil dan lebih menarik , adalah haram, 
baik atas si tukang kikir atau pun yang dikikir. Diharamkan apabila tujuannya 
semata-mata untuk keindahan , tetapi klau tujuannya adalah untuk memperbaiki 
aib,atau mengatur gigi yang tidah teratur , maka tak apalah hal itu dilakukan.
 
Merubah 
ciptaan Allah
Termasuk 
yang dihukumi haram ialah mereka yang merubah ciptaan Allah dengan menambah atau 
mengurangi. Seperti merubah bentuk wajah dengan make=up, bentuk bibir dan alis. 
Termasuk juga mencukur alis, mengecat kuku dan lain-lain.
 
 
Membersihkan 
wajah dari bulu-bulu
Wajah 
wanita pada asalnya tidah ditumbuhi bulu. Bahkan Imam Ahmad sendiri dalam g 
Ad-Din Al-Khalishh mengtakan g kalau ada wanita yang tumbuh janggut atau 
kumis, maka tidaklah haram menghilangkannya, bahkan mustahab atau malah wajib 
seperti keterangan lalu.h
            
Dengan demikian wanita hendaknya membersihkan wajah dengan cara lembut 
seperti menggunakan krim atau sebagainya dan dilarang membersihkannya dengan 
pisau cukur.
 
 
Minyak 
wangi
Haram 
atas wanita memakai minyak wangi selain untuk suaminya sahaja . Sebaiknya 
pakailah minyak wangi yang banya tidak terlalu meransang, sebagaimana anjuran 
Rasulullah g Sesungguhnya minyak wangi untuk lelaki ialah yang kuat baunya dan 
kabur warnanya sedang minyak wangi untuk wanita ialah yang menjolok warnanya dan 
kurang baunya.h
Asy-Syaukani mengatakan :h terdapat pertanyaan mengenai wanita yang berjalan-jalan melewati majlis-majlis sedang ia memakai minyak wangi yang menyengatkan hidung, wanita itu disebut sebagai penzina.
Rela 
terhadap pembahagian
 
1.     
Untuk merealisasikan kebahagiaan rumahtangga, ajaran Islam memberi 
beberapa tuntunan, khususnya kepada para isteri yang salah satunya adalah agar 
seorang wanita rela akan pembahagian Allah ke atas dirinya.
2.     
 Tuntunan ini khususnya 
ditujukan kepada para isteri , kerana merekalah yang lebih diharapkan peranannya 
dalam menciptakan kebahagiaan suami dan rumahtangga .
3.     
Kerelaan ini dapat menenangkan suami dikala ia mengalami kegagalan di 
dalam apa yang dia usahakan bagi memenuhi keperluan keluarganya.   
Ini kerana seorang suami yang bertanggungjawab akan selalu berusaha untuk 
memenuhi segela keperluan rumahtangganya Bagaimanapun, kekadang, apa yang 
diusahakannya tidak berjaya lantaran terbatas oleh kemampuan dirinya. Kegagalan 
seperti ini menyebabkan ia sedih dan gelisah. tetapi jika ia mendapati isterinya 
menerima kekurangan yang ada pada dirinya dengan redha, segala kesedihannya akan 
hilang.
4.     
Dalam hal ini , isteri hendaklah bersikap dengan sabar dan redha serta 
merasa cukup dengan apa yang ada.Dan menganggap segala yang dikecapi adalah 
kurniaan dari Allah semata-mata.