Make your own free website on Tripod.com

muka depan

@

Sifat-sifat yang wajib bagi Allah

Sebagai jalan yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada allah, hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat Allah itu ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun perempuan. 

Adapu kaedah mengetahui sifat-sifat Allah itu terbahagi kepada dua bahagian . 

A.     Mengetahui sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) , iaitu bahawa seseorang itu mengiktikadkan dengan teguh di dalam hatinya , bahawasayanya wajib bagi Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan keagunganNya , serta mengiktikadkan bahawa mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan.

B.     Mengetahui sifat-sifat Allah dengan secara tafsili ( lengkap dan terperinci ) , iaitu bahawa seseorang itu beriktikad dengan iktikad yang teguh dengan dalil-dalil akal dan dalil naqli . Bahawasanya wajib bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil Dia bersifat dengan sifat sifat kekurangan.

 

Dalam hal ini dikehendaki tiga perkara .

a)    Iktikad itu hendaklah teguh , tidak bercampur syak atau ragu-ragu. Bilamana iktikad kita masih disertai syak, zhan dan waham, maka tidaklah dapat dikatakan iktikad itu suatu yang betul.

b)    Iktikad itu hendaklah bersesuaian dengan iktikad ahlufl sunnah wafl jamaah , kerana inilah iktikad yang sesuai. Bilamana ia tidak seperti demikian , atau menyerupai iktikad Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah ia dinmkan iktikad yang betul.

c)     Iktikad itu hendaklah disokong oleh dalil , sekalipun hanya dengan dalil ijmali ( ringkasan). Apabila iktikad kita tidak disertai dengan dalil , maka iktikad itu disebut sebagai iktikad taklid. Sedangkan iktikad atau keyakinan yang tidak teguh dan tidak sesuai dengan iktikad ahlufl sunnah wafl jamaah , para ulama telah sepakat mengatakan bahawa iktikad itu adalah iktikad kafir , manakala taklid tidak dihukumkan kafir.

 

Perbahasan berkenaan taqlid 

Dalam kedudukan iman taqlid ini , terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulamaf tauhid . Pendapat yang lebih kuat daripadaNya , mengatakan , mengatakan bahawa orang-orang yang taqlid itu dihukumkan sebagai seorang mukmin yang derhaka , sekiranya seseorang itu mampu untuk mengemukakan dalil-dalil dengan belajar, tetapi dia tidak berbuat demikian , yakni tidak mahu lagi menambah ilmu pengetahuannya dalam masalah akidah ini.

      Sebaliknya , seandainya seseorang itu telah berusaha menuntut ilmu, namun dia tidak kuasa juga menemukan dalil-dalil , baik dalil aqli, mahupun dalil naqli, maka tidaklah dia dihukumkan seorang mukmin yang derhaka.

 

Sifat sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah

 Sifat-sifat yang wajib 20 serta mustahil 20 bagi Allah  iaitu

 1.     wujud ertinya : Ada  , dan mustahil bagiNya bersifat tiada

2.     Qidam ertinya : dahulu atau sedia  . Mustahil bagiNya bersifat e baharuf

3.     Baqaf ertinya : kekal . Mustahil bagiNya bersifat g Fanah atau gsementarah

4.     Muhkalafafuhi Lifl Hawaditsi  , ertinya :Berlainan Ia dengan segala yang baharu. Dan mustahil bagiNya bersifat gsama dengan segala yang baharuh.

5.     Qiyamuhu Bi Nafsihi , ertinya :Berdiri Ia dengan sendirinya. Dan mustahil bagi Allah g berdiri dengan lainNyah

6.     Wahdaniyah , ertinya :Maha Esa . Dan mustahil bagi Allah bersifat g berbilangh.

7.     Qudrat , ertinya :Maha Kuasa . Dan mustahil baginya bersifat g lemahh

8.     Iradat , ertinya : Maha menentukan . Dan mustahil bagiNya bersifat g terpaksa g.

9.     Ilmu,ertinya :Maha mengetahui . Dan mustahil bagi Allah bersifat g jahilh atau g bodohh.

10. Hayat , ertinya :Maha Hidup. Dan mustahil bagi Allah bersifat g matih.

11. Samaf , ertinya : Maha mendengar . Dan mustahil bagiNya bersifat g pekakh.

12. Bashar , ertinya :Maha melihat . Dan mustahil bagiNya bersifat g butah.

13. Kalam , ertinya :Maha Berkata-kata . Dan mustahil bagiNYa bersifat g Bisu g.

14. Kaunuhu Qadirun ertinya : Keadaan Allah yang Maha Berkuasa . Dan mustahil baginya berkeadaan  g lemahh

15. Kaunuhu Muridun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Menentukan . Dan mustahil bagiNya berkeadaan g terpaksa g.

16. Kaunuhu ealimun , ertinya : keadaan Allah Yang Maha Mengetahui . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan g bodohh.

17. Kaunuhu Hayyun , ertinya : Keadaan Allah yang Maha Hidup. Dan mustahil bagiNya berkeadaan g Matih.

18. Kaunuhu samifun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagiNya berkeadaan gbutah

19. Kaunuhu Bashirun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan g buta g.

20. Kaunuhu Mutakalimun , ertinya: Keadaan Allah yang Maha Berkata-kata. Dan mustahil bagiNya berkeadaan g Bisuh.

 

 Sifat yang harus bagi Allah

 

Mujiduf/ Mumkinat, ertinya : Menciptakan segala yang mumkin ( iaitu apa yang ada di alam ini).