Make your own free website on Tripod.com

muka depan

Rukun iman

 

dalil naqli g Tidaklah bernama kebaikan , apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur dan ke barat , tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah , hari akhirat , malaikat-malaikatNya , kitab-kitabNya , dan nabi-nabiNya.h Surah al-Baqarah ayat 76. (a) 

Beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.(b)

1.     Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dari segi Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Tidak ada sesuatupun yang menyerupai Allah.

2.     Beriman bahawa Allah yang mencipta alam ini dengan Sifat-sifatNya yang Maha bijaksan , Maha mengetahui dan tidak memerlukan sesiapa dalam mencipta alam ini dengan

3.     beriman bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia melainkan setiap satunya mempunyai  tujuannya yang tersendiri, sebagaimana dalam dalil g Maka apakah kamu mengira , bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main( sesaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya , tidak ada Tuhan selain Dia , Tuhan ( yang mempunyai ) eArasy yang muliah ( Surah Al-Mukminun ayat 115~116)

4.     Beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka Kitab-Kitab dengan tuuan untuk mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal usul mereka dan ke mana mereka akan kembali.

5.     Beriman bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali Allah SWT serta mengabdikan diri KepadaNya serta mentaati segala PerintahNya dan meninggalkan LaranganNya.  Firman Allah g Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.h ( Surah Al-Zariyat ayat 56~58)

6.     Beriman bahawa ganjaran bagi orang mufmin yang taat kepada Allah ialah syurga, manakala balasan terhadap orang kafir ialah neraka.

7.     Beriman bahawa setiap manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian, kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku , melainkan dengan taufiq dan einayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Sebagaimana firmanNya g Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka allah mengilhamkan kamu kepada jiwa itu ( jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.h ( surah al-Syams ayat 7~10)

8.     beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak  mutlak Allah .Manusia tidak berhak sama sekali . Bagaimanapun , dibenarkan kepada para ulama ( ilmuan Islam) berijtihad mengeluarkan hokum-hukum dari nas-nas Syarifat dalam batas-batas diizinkan.Sebagaimana firman Allah g Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya ( terserah ) kepada Allah ( yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, kepadaNyalah Aku bertawakal, dan kepadaNyalah aku akan kembali.h ( surah Al-Syura ayat 10)

9.     Berusaha untuk mengetahui Nama-Nama dan Sifat-SifatNya. Yang membuktikan akan kesempurnaan KetuhananNya.

10. Hendaklah berfikir merenungi kehebatan kejadian kejadian ciptaan Allah ,serta makhluk ciptaanNya , dan bukan memikirkan zatNya .

11. Mengabdikan diri kepada hanya kepada Allah semaa-mata dan tidak menyengutukanNya dengan yang lain. Serta setiap perbuatan yang dilakukan mestilah diniatkan kerana menyahut seruan mengabdikan diri kepada Allah dan tidak tunduk pada sesuatu selain Allah. Firman Allah g Dan sesungguhnya telah Kami bangkitkan di kalangan setiap umat itu seorang Rasul supaya ( menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.h ( Surah A—Nahl ayat 36)

12. Tanamkan dalam diri perasaan takut hanya  kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain . Perasaan takut itu seharusnya dapat menjauhkan diri dari kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.

13. Hendaklah sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepada dengan menyebut NamaNya untuk menjadikan diam  itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir .Sebagaimana firman Allah g Orang-orang yang beriman da hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah hnaya dengan mengingati Alah hati menjadi tenang.h ( surah Al-Radf ayat 28)

14. hendaklah mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta serta melebihi cinta terhadap yang lain., iaitu cinta yang menjadikan hati sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya, mendorong diri menambahkan amal-amal kebaikan , berkorban dan berjihad di jalanNya sepanjang masa.

15. hendaklah bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadaNya.Firman Allah g dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Ia akan memberi kecukupan kepadanya.h ( surah Al-Thalaq ayat 3)

16. Hendaklah mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan ke atas diri kita .Firman Allah g Dan (ingatlah juga) tatkala TuhanMu memaklumkan , sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan ( nifmat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( nifmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.h ( Surah Ibrahim ayat 7)

17. Hendaklah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, kerana ia dapat membersihkan diri dari dosa serta memperbaharui iman dan taubat.. Firman Allah g Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah, mereka terus memohon ampunterhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui . Balasannya ialah kemapunan Allah dari tuhan mereka .h(surah Al-Imran Ayat 135)

18. Sentiasa bermuraqabah ( merasai berasa di bawah pengawan) Allah dalam keadaan terang atau tersembunyi.