Make your own free website on Tripod.com
muka utama

FIQH DAN IBADAH

 

Waktu waktu solat

 

  1. Waktu Zohor ; Masuknya waktu zohor ialah apabila gelincir matahari ke barat. Dan keluar waktu zokor ialah apabila baying sesuatu benda sama panjangnya denga benda itu , dan keluarnya ialah apabila matahari masuk. 

  2. Waktu asar; masuk apabila bayang bayang sesuatu benda sama panjang dengan benda itu, dan keluarnya ialah apabila matahari masuk. 

  3. Waktu Magrib; masuk apabila masuk matahari , dan keluarnya waktu maghrib apabila hilangnya mega merah.

  4.  Waktu Isyak; ialah pabila hilangnya mega merah dan keluarnya waktu isyak ialah apabila terbitnya fajar sadik( fajar sadik ialah fajar yang terbesar cahaya melebar di kaki langit).

  5.  Waktu subuh ; masuknya apabila terbitnya fajar sadik dan keluar waktu subuh apabila terbitnya matahari.

 

Syarat-syarat sembahyang

Syarat –syarat sah sembahyang ada 8 perkara, yang mana kalau tidak menepati syarat-syarat ini, sembahyangnya tidak sah.

1.     Suci daripada hadas kecil dan besar.

2.     Suci dari najis pada pakaian , badan dan tempat.

3.     Menutup aurat : Aurat perempuan dalam sembahyang ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.

4.     Mengadap kiblat ( iaitu kaabah) dengan dada.

5.     Hendaklah ia mengetahui bahawa sembahyang itu  fardhu atasnya. Jika ia iktikadkan bahawa sembahyang (yang fardhu) itu sembahyang sunat, maka tidak sah sembahyangnya.

6.     Janganlah ia beriktikad akan sesuatu dari fardhu-fardhu sembahyang (yakni rukun-rukun) itu sebagai sunat, seperti diiktikadkan Fatihah itu sunat atau rukuk itu sunat , atau sujud itu sunat. Jika ia iktikadkan demikian, tidak sah sembahyangnya .

7.     Masuk waktu: tidak sah sembahyang melainkan setelah mauk waktunya. Kalau ia hendak sembahyang zohor misalnya pada waktu dhuha, maka sembahyangnya tidak sah.

8.     menjauhkan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti bergerak tiga kali berturut-turut.kalau ia melakukan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang , maka batal sembahyangnya.

 

 Rukun rukun sembahyang

Rukun-rukun sembahyang ada 13 perkara

1.     Niat

2.     takbiratulihram

3.     Berdiri bagi yang kuasa dalam sembahyang fardhu

4.     membaca fatihah

5.     rukuk ; iaitu orang yang sembahyang itu hendaklah tunduk sehingga dua tapak tangannya dapat mencapai dua lututnya

6.     Iktidal; iaitu berdiri semula dari rukuk, disyaratkan jangan terlalu lama daripada bacaan yang ditetapkan di dalamnya.

7.     Sujud dua kali. Sujud itu ialah meletakkan dahi di tikar sembahyang ; disyaratkan hendaklah;

-        orang yang sembahyang itu sujud di atas 7 anggota (dahi , dua tapak tangan, dua lutut, dan hujung kedua kaki).

-        Dan hendaklah ia meninggikan bahagian punggungnya dari bahagian kepalanya.

-        Jangan sujud di atas sesuatu yang bergerak

-        Jangan ada sesuatu seperti kain tudung yang menghalang dahinya dari menyentuh tikar sembahyang.( jika ada kain yang menghalang, bermakna sujudnya tidak sah) .

8.     Duduk diantara 2 sujud. Janganlah terlalu lama sehingga melebihi waktu membaca bacaan yang ditetapkan di dalamnya

9.     membaca tahiyat akhir

10. duduk membaca tahiyat akhir

11. selawat atas Nabi di dalam tahiyat akhir

12. memberi salam

13. Tertib ( iaitu menurut susunannya yang tersebut)

 

 

Sujud sahwi

 Sujud Sahwi : Ialah dua sujud sebelum memberi salam , seperti sujud dalam sembahyang , yang dilakukan kerana terlupa .

Sujud Sahwi dikehendaki melakukannya oleh imam atau orang solat sembahyang seorang diri, apabila dia ada meninggalkan salah satu dari sunat-sunat ab’ad dalam sembahyang , atau kerana melakukan sesuatu yang dilarang seperti menambah “rukun fe’ili’’ disebabkan terlupa , atau memindahkan satu “rukun qauli”kepada bukan tempatnya.

Tentang makmum, janganlah ia melakukan sujud sahwi dengan bersendirian, tetapi hendaklah is sujud mengikut imam apabila imamnya melakukan sesuatu yang dikehendaki ia sujud sahwi. Kalau imamnya tidak sujud , hendaklah ia ( makmum) sujud sesudah imam memberi salam.

Sujud sahwi itu sunat dan tidak wajib melainkan ke atas makmum apabila imamnya melakukan seujud sahwi.

  

Peringatan

Jika seseorang ( sembahyang seorang diri atau menjadi imam)  terlupa membaca tahiyat awal atau membaca qunut, dan mengingatinya apabila ia sampai kepada rukun selepas itu, maka ia tidak harus kembali semula pada ketika itu tetapi mengerjakan terus apa yang ia sedang kerjakan dan sunat baginya mengerjakan sujud sahwi. Kalau ia kembali semula untuk mengerjakan tahiyat awal sedangkan ia telahpun mengerjakan rukun selepas dedang ia senghaja dan dalam dalam keadaan mengetahuinya , , maka terbatallah sembahyangnya .  Jika ia makmum, hendaklah ia mengikut sebagaimana imamnya mengerjakan sembahyang tersebut.

 

Perkara perkara yang membatalkan sembahyang 

  1.  berhadas samada hadas kecil atau besar

  2. kena najis pada badan , pakaian dan tempat sembahyang

  3. terbuka aurat kecuali ditutup dengan segera

  4. berkata-kata dengan senghaja sekalipun dengan dua huruf atau satu huruf yang boleh difahami , atau huruf yang berbunyi panjang . Adapun orang yang terlupa maka dimaafkan sehingga empat perkataan.

  5. makan dan minum dengan senghaja.

  6. makan banyak dengan terlupa.

  7.  bergerak tiga kali berturut-turut sekalipun dengan terlupa.

  8. melompat iaitu terangkat kedua-dua kaki.

  9. memukul dengan bekas atau bergerak dengan keras dengan tujuan main-main.

  10. mendahului imam dengan dua rukun fe’ili, dan terkemudian daripada imam dengan dua rukun fe’ili dengan tiada uzur.

  11. menambahkan satu rukun fe’ili dengan senghaja .

  12. berniat memutuskan sembahyang.

  13. menggantungkan memutuskan sembahyang dengan sesuatu , seperti berniat jika datang si anu ia akan memutuskan sembahyang.

  14. eragak-agak untuk memutuskan sembahyang. Misalnya ada berlaku sesuatu dalam sembahyang lalu ia teragak-agak di antara memutuskan sembahyang atau menyempurkannya.

 

Pengurusan jenazah 

A)    Suami memandikan jenazah isteri atau sebaliknya

Suami boleh memandikan jenazah isterinya serta isteri juga boleh memandikan jenazah suaminya

Dalil-dalil yang menguatkan hujjah;

  1. Dari Aisyah r.anha. ia berkata:” Rasulullah SAW pulang ke rumahku sekembalinya dari menguburkan jenazah, waktu itu kepalaku terasa pening, dan saya katakana:” Ah, kepalaku.” Maka kata Rasulullah SAW: “ bahkan aku juga , ah, kepalaku. Adalah tidak akan membahayakan engkau andaikata engkau mati sebelum aku, lalu aku yang memandikan engkau , mengapan, kemudian menyembahyangi dan menguburkan.”  ( Ahmad, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban, Ad-Daruquthni dan Al-Baihaqi)
  2. Ada berita ketika Asma memandikan Abu Bakar , dan Ali Karramallahu Wajhah telah memandikan isterinya Fatimah r.anha , tidak terdapat bantahan dari kalangan para sahabat Rasulullah  SAW yang lain terhadap Ali mahupun Asma.

 

B)    Apakah kain kafan bagi jenazah wanita?

Yang disyariatkan mengenai kain kafan bagi jenazah perempuan ialah 5 lembar kain iatu  kain sarung , baju , tudung, kain pembungkus dan satu lagi kain penbungkus yang lain , sebagaimana dalil di bawah ini ;

 

1.     Di dalam satu riwayat daripada  Laila binti Qanif Ats-Tsaqafiyah ra ia berkata : “ saya adalah termasuk orang yang memandikan  jenazah Ummu Kultstsum bunti Rasulullah SAW ketika ia wafat. Waktu itu yang pertama –tama Rasulullah SAW berikan kepada kami ialah kain sarung, kemudian baju, kemudian tudung, kemudian kain pembungkus , kemudian sesudah itu saya kafankan lagi dengan  kain yang lain .” lagi katanya ( Laila) : “ Rasulullah SAW ada dipintu memegang kafan puterinya sambil memberikan selembar demi selembar kepada kami.”  ( Hadis  riwayat Ahmad dan Abu Daud)

2.     Al-Bukhari mengatakan : Kata Al Hasan “ kain yang kelima diikatkan pada dua paha dan dua punggung di balik baju.”

3.     Ummu ‘Athiyah ra ia mengatakan : “ dan kami bungkus ia ( jenazah perempuan ) dalam lima lembar kain dan kami kerudungi kepalanya seperti mengerudungi orang hidup.”

4.     Ada golongan lain mengatakan : “ Pada dada jenazah perempuan itu perlu diikat dengan tali , agar kain-kain pembungkusnya menjadi ringkas . Dan menurut pendapat yang lebih kuat dalam mazhab Shafi’i dan Hambali, tidaklah makruh bila jenazah wanita itu diberi baju kurung.”

5.     Jenazah perempuan boleh ( tetapi makruh ) dibungkus dengan kain sutera kerana sutera tidak diharamkan ke atas perempuan .

 

C)    Orang yang dalam keadaan junub dan haid boleh memandikan jenazah kerana kedua-duanya suci dari najis dengan dalil sabda  Rasulullah SAW : “ Orang mu’min itu tidaklah najis.”

 

D)    Bolehkah wanita ikut serta dalam solat jenazah?

Wanita dibenarkan melakukan solat jenazah dengan syarat iai tetap menutup aurat dan tidak mempertontonkan perhiasannya dan tidak bersikap menggoda lelai sebaigamana beberapa kisah  sahabat di bawah ini:

1)     Pengarang Fiqh As-Sunnah mengatakan : “ Umar telah menunggu Ummu Abdillah hingga ia sempat ikut menyembahyangkan jenazah Utbah.

2)     Aisyah menyuruh agar jenazah Sa’ad bin Abi Waqqas dibawa ke hadapan beliau  untuk disembahyangi.”

3)     Kata An-Nawawi : “ Sayugianya wanitapun disunatkan melakukan solat jenazah secara berjemaah seperti pada solat lainnya.”

 

E)    Peraturan wanita menghantar jenazah ke tanah perkuburan

 Jumhur ulama mengatakan , pada perinsipnya wanita dilarang menghantar jenazah ke kubur, paling kurang hukumnya makruh. Pendapat ini berdasarkan keadaan jika wanita tersebut tidak mampu menguasai diri dengan dorongan perasaan mereka yang berlebih lebih.

 

F)    hukum meratap jenazah serta dalil

Dilarang meratapi jenazah seperti dalil di bawah;

1)daripada Ibnu Mas’ud ra. , nabi bersabda;

“ Tidaklah termasuk golongan kita yang akan memukuli pipi, merobek-robek leher baju dan berdoa seperti doa orang-orang jahiliyah ( atas kematian seseorang).”

( riwayat dipersetujui oleh al-Bukhari dan Muslim)

 

2)Abu Badrah r.a bahawa beliau telah berkata :” Abu Musa menderita sakit sehingga jatuh pengsan dan kepalanya terletak di pangkuan seorang wanita di kalangan keluarganya.seorang wanita lain yang juga dari kalangan keluarganya menjerit-jerit hingga sedikitpun  tak dapat dicegah. Setelah  Abu Musa sesar semula, dia berkata: “ Aku berlepas diri dari orang yang Rasulullah SAW berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Rasulullah SAW berlepas diri dari wanita yang menangis menjerit-jerit , mencukur rambutnya dan merobek-robek pakaiannya ( atas musibah yang menimpa) .

( riwayat dipersetujui oleh al-Bukhari dan Muslim)

 

3)Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a , bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Ada empat perkara Jahiliyah di kalangan umatku yang tak mahu mereka tinggalkan : bermegah dengan pangkat, mencela nasib orang lain, meminta hujan pada hujan-hujan dan meratapi jenazah. Dan sabdanya : “ Orang yang meratapi jenazah bila dia tidak mahu bertaubat sebelum meninggal dunia , maka pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan mengenakan pakaian ter dan baju kudis .”

   ( Ahmad, Muslim dan al-Hakim, dinilai sahih dan hasan oleh At-Tirdmizi)

 

Sepatutnya seorang muslimah redha dan berserah diri pada Allah dengan mengucapkan “ Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un “ yang maksudnya , sesungguhnya kita milik Allah , dan kepadaNya kita semua bakal kembali.

 

G)    Berkabung

Dilarang mengenakan pakaian serba hitam atas meninggalnya seseorang serta  juga dilarang berkabung lebih dari tiga hari kecuali atas meninggalnya suami .

 

H)   ucapan takziah

Dilarang mengucapkan takziah pada kematian yang telah terlalu lama .

 

I)      menziarahi kubur

1. Terdapat perselisihan pendapat ulama’ dalam hal ini . 

2. Di dalam riwayat daripada  Abdullah Ibnu Abi Malikah bahawa Siti ‘Aisyah suatu hari datang dari tanah pekuburan, maka sayapun bertanya kepadanya : Ya Ummu Mu’minin, dari manakah kamu datang?” Beliaupun menjawab: “ dari kubur saudaraku Abdur Rahman.” Saya bertanya lagi kepadanya : “ Bukankah Rasulullah melarang wanita menziarahi kubur?” Beliau menjawab: “ Memang , asalnya beliau melarang , tapi kemudian menyuruh menziarahinya.”

( Riwayat Al-Hakim dan Ibnu Hibban dari ‘Aisyah , dan  dari Al Atsrum)

 3.Bagaimanapun banyak ulama’ berpendapat menziarahi kubur itu boleh asalkan tidak mendatangkan fitnah, atau tidak meratap keras dalam keadaan menutup aurat.

 

 

 


Title Goes Here