Make your own free website on Tripod.com

muka depan

@

Bagaimana membahagiakan suami

 

Sambutan yang menyenangkan

A)   menyambut kepulangan suami atau ketika menemuinya dengan wajah ceria ;

1.     Sambut kepulangan suami atau ketika menemuinya  dengan wajah ceria , dengan senyum dari hati yang tulus ikhlas dan penuh rasa cinta kerana ia mampu memberi ketenteraman dan kebahagiaan kepada suami .

2.      Sabda Rasulullah saw. g Dari Abu Dzar ra. Berkata, berkata kepadaku Rasulullah saw; g Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, meski hanya sekadar wajah cerah yang kamu berikan ketika bertemu saudaramuh ( HR Muslim)

3.     Memberi senyuman kepada suami akan mendapat pahala di sisi Allah.

 

B)   berhias dan memakai wangian

1.     Salah satu hal yang dapat melapangkan dada dan menyejukkan mata suami adalah melihat isterinya tampil dengan dandanan yang memikat, Pakaian indah berhiaskan wajah manis serta dandanan rambut yang mempersona dan beraroma wewangian, akan segera menumbuhkan rasa bahagia bagi  suami yang memandangnya .

2.     Hendaklah selalu berhias di hadapan suami kerana ia dapat menyelamatkan suami dan menjaganya dari godaan dan fitnah para pesolek yang kini memenuhi setiap tempat dan jalanan, serta menahannya dari keinginan memandang wanita lain selain isterinya.

 

C)   Khabar yang menyenangkan

1.     Ketika suami tiba di rumah , seorang isteri hendaklah tidak bercerita kepadanya kecuali perkara yang menyenangkan .

2.     Allah menyuruh para isteri muslimah menjadi penemteram bagi suaminya  iaitu meliputi makna ketenangan, kebahagiaan , kedamaian, kepuasan  kegembiraan dan sebagainya.

3.     Janganlah seorang isteri menceritakan hal-hal yang menyedihkan atau memancing emosi, sementara suami baru saja tiba di rumah dalam keadaan letih dan penat. Sebaliknya hendaklah isteri bersikap bijaksana dengan memilih waktu lain yang sesuai dengan rangkai kata dan suara yang begitu menyenangkan

4.     Elakkan dari membesar-besarkan cerita yang sebenarnya memang tidak seberapa.

5.     Berusahalah agar dapat menciptakan rumahtangga yang dapat membangkitkan rasa cinta dan kerinduan, dan bukan sebaliknya rumahtangga yang beronak duri dan siap  mencabik cabik ketenagan hati.

6.     penuhi hati dengan kelembutan dan kasih sayang , kerana ia akan dapat membangkitkan rasa kasih sayang suami juga..

 

D)   ungkapan kerinduan

 Salah satu factor yang yang dapat membahagiakan perasaan suami dan menghapuskan kepenatannya ialah apabila isterinya menyambut kedatangannya dengan ungkapan yang mengandungi kerinduan , kerana ungkapan-ungkapan yang indah dapat mempereratkan dan kasih sayang suami isteri selin dapat mengembangkan sayap kebahgian rumahtangga.

 

E)   Menyiapkan hidangan

Hendaklah isteri menyediakan dan mempersiapkan hidangan dengan cermat dan penuh perhatian dan layanan yang terbaik kerana ia mampu mengelakkan dari berlaku perkara-perkara seperti tidak puas hati, atau pertengkaran atau perkara negatif yang lain.

 

 

Memperindah dan meperlembutkan suara.

1.     Secara tabii , Allah mencipta wanita dengan memiliki suara yang indah dan lembut .

2.     Keindahan ini bukan sahaja dapat memperdayakan kaum lelaki bahkan juga boleh mendatangkan fitnah dan menimbulkan nafsu lelaki ..

3.     Firman Allah g Janganlah kalian melembutkan suara dalam berbincang sehingga terusiklah orang yang ada penyakit di hatinyadan berkatalah dengan kata-kata yang mafruf.h ( Al-Ahzab ayat 32)

4.     Oleh itu, Allah menyuruh para muslimah supaya tidak memerdukan atau memanjakan suaranya dengan lelaki bukan mahram , kecuali hanya kepada suaminya sahaja .

5.     ketika berbicara dengan suami hendaklah

-        berbicara dengan suara yang merdu dan lembut serta dengan nada yang manja dan menyenangkan.

-        Berbincang dengan perbincangan yang menyenangkan serta kalimat yang baik.

-        Bersikap dengan penuh perhatian dengan menghadapkan muka ketika berbicara.

-        Memanggil suami dengan panggilan kesukaannya.

-        Tidak dilarang menggunakan kalimat yang mengandungi gurauan dengan sitingkahi sikap manja.

 

 

Berhias dan bersolek

 

Anjuran bersolek

1.     ajaran Islam menganjurkan para wanita untuk berdandan dan bersolek , tetapi mengikut batas batas tertentu yang telah disyariatkan oleh Islam serta  dalam rangka mewujudkan kebahagiaan hidup rumahtangga .

2.     Allah menyukai keindahan dan menjadikan sikap suka berhias bagi mewujudkan kebahagiaan rumahtangga ini sebagai salah satu sunnah rasul . Sabda Dari Abu Ayyub ra. Berkata . bersabda Rasulullah saw , g Rasa malu, suka wewangian, siwak, dan nikah adalah sunnah para rasul .h ( HR Tirmidzi)

3.     Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada seorang wanita yang berdandan( dibenarkan hanya di hadapan suaminya) kerana dengan dandanan itu , ia menjadi penyejuk mata yang memandangnya. Sebagaimana sabda Rasulullah g Dari ibnu Abas ra. Berkata, Rasulullah saw. Berkata kepada Umar bin Khattab, g Maukah engkau saya beritahu tentang sebuah simpanan terbaik seseorang? Iaitu wanita solehah , yang apabila suaminya melihat merasa senang , apabila diperintah ia taat, dan apabila suaminya tidak ada ia menjaga ( kehormatannya) .h ( HR Abu Daud)

4.     Jangan biarkan suami melihat suatu yang tidak menyenangkan hatinya seperti kotoran dan sebagainya kerana dandanan dan wewangian pada isteri itu dapat membahagiakan suami dan memberi semangat kepadanya dalam melaksanakan tugas-tugas seharian.

5.     Dandanan dan wangian pada isteri dapat menjaga dan memagari suami dari keinginan berbuat maksiat  atau tergoda dengan wanita selain isterinya.

 

 

 

Khitan adalah bahagian dari berhias

e Dari Aby Hurairah ra. Berkata, bersabda Rasulullah saw: g fitrah itu ada 5 : khitan, mencukur rambut kemaluan, merapikan kumis , memotong kuku , mencabut bulu ketiakh. ( HR keenam rawi).

 

 

Memakai wangian selepas haid

Setelah seorang wanita suci dari haid, hendaklah mengambil sepotong kapas , kain atau yang sejenisnya kemudian diolesi dengan minyak wangi atau wewangian, lantas dogosokkan pada kemaluannya untuk menghilangkan bau yang tidak sedap.

 

Waktu berhias

1.     Allah berfirman g Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu meminta izin kepadamu tiga kali ( dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian luarmu di tengahari, dan sesudah solat isyaf . Itulah tiga aurat bagi kamu.h ( An-Nuur: ayat 58)

2.     Daripada dalil di atas ,waktu untuk berhias ialah -Sebelum subuh, tengahari, dan selepas isyak ( iaitu waktu yang mana di waktu itu banyak bahagian tubuh yang terdedah)

3.     Selain itu , waktu-waktu berhias ialah

-        ketika melakukan jimaf

-        saat menyambut kepulangan suami dari kerja atau bepergian jauh yang menyebabkan perpisahan lama.

 

 

Cara berdandan

-        bervariasilah dalam berdandan dan menggunakan wangian, kerana ssesuatu yang indah dan mempersona itu lama kelamaan akan menjemukan , sebaliknya pada suatu yang baru dan penuh variasi ada kesegaran dan daya penarik.

-        Berupayalah memenuhi selera suami, misalnya dlm memilih warna, jenis kain dan fesyen, disamping wariasi wangian, dandanan rambut dan lain lain yang dibenarkan dalam Islam.

 

 

Dandanan yang diharamkan

 

Al-Wasal ( cemara) – rambut palsu

1.     Al-Wasal ( cemara) iaitu menyambungkan rambut seorang perempuan dengan rambut orang lain, .atau dengan kata lain memakai rambut palsu , hukumnya haram secara mutlak..

2.     Mengikut pandangan Imam Malik, ,Ulamaf mazhab Hanafi dan banyak lagi yang lain, bercemara itu dilarang, baik dengan menggunakan kain, atau wool( bulu) atau carikan kain.

3.     Diharamkan jika cemara yang digunakan terbuat daripada bulu binatang yang dah mati atau binatang yang diharamkan memakannya, kerana semua bulu-bulu ini dianngap najis .

4.     Jika Cemara yang digunakan itu, bukan terbuat daripada rambut manusia , atau bukan dari jenis bahan yang najis seperti bulu bangkai atau bulu binatang yang haram dimakan, hukumnya haram bagi wanita yang belum bersuami. Tetapi jika telah bersuami, ia bergantung kepada keinzinan suaminya, jika diizinkan, maka dibolehkan memakainya..

 

 

Mencukur bulu kening

Sabda Rasulullah saw;

g Allah mengutuk wanita-wanita pentato dan mereka yang diminta ditato, wanita-wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alisnya , wanita-wanita yang mengikir giginya agar lebih indah dan mereka yang merubah ciptaan Allah..h

 

Tato

Menurut Asy-SyafifI, tempat yang ditato menjadi najis dan wajib dihilangkan jika tidak mendatangkan kemudharatan.

 

 

Mengikir gigi

Mengikir gigi dengan maksud agar tampak kecil-kecil dan lebih menarik , adalah haram, baik atas si tukang kikir atau pun yang dikikir. Diharamkan apabila tujuannya semata-mata untuk keindahan , tetapi klau tujuannya adalah untuk memperbaiki aib,atau mengatur gigi yang tidah teratur , maka tak apalah hal itu dilakukan.

 

Merubah ciptaan Allah

Termasuk yang dihukumi haram ialah mereka yang merubah ciptaan Allah dengan menambah atau mengurangi. Seperti merubah bentuk wajah dengan make=up, bentuk bibir dan alis. Termasuk juga mencukur alis, mengecat kuku dan lain-lain.

 

 

Membersihkan wajah dari bulu-bulu

Wajah wanita pada asalnya tidah ditumbuhi bulu. Bahkan Imam Ahmad sendiri dalam g Ad-Din Al-Khalishh mengtakan g kalau ada wanita yang tumbuh janggut atau kumis, maka tidaklah haram menghilangkannya, bahkan mustahab atau malah wajib seperti keterangan lalu.h

            Dengan demikian wanita hendaknya membersihkan wajah dengan cara lembut seperti menggunakan krim atau sebagainya dan dilarang membersihkannya dengan pisau cukur.

 

 

Minyak wangi

Haram atas wanita memakai minyak wangi selain untuk suaminya sahaja . Sebaiknya pakailah minyak wangi yang banya tidak terlalu meransang, sebagaimana anjuran Rasulullah g Sesungguhnya minyak wangi untuk lelaki ialah yang kuat baunya dan kabur warnanya sedang minyak wangi untuk wanita ialah yang menjolok warnanya dan kurang baunya.h

            Asy-Syaukani mengatakan :h terdapat pertanyaan mengenai wanita yang berjalan-jalan melewati majlis-majlis sedang ia memakai minyak wangi yang menyengatkan hidung, wanita itu disebut sebagai penzina.

 

Rela terhadap pembahagian

 

1.     Untuk merealisasikan kebahagiaan rumahtangga, ajaran Islam memberi beberapa tuntunan, khususnya kepada para isteri yang salah satunya adalah agar seorang wanita rela akan pembahagian Allah ke atas dirinya.

2.      Tuntunan ini khususnya ditujukan kepada para isteri , kerana merekalah yang lebih diharapkan peranannya dalam menciptakan kebahagiaan suami dan rumahtangga .

3.     Kerelaan ini dapat menenangkan suami dikala ia mengalami kegagalan di dalam apa yang dia usahakan bagi memenuhi keperluan keluarganya.   Ini kerana seorang suami yang bertanggungjawab akan selalu berusaha untuk memenuhi segela keperluan rumahtangganya Bagaimanapun, kekadang, apa yang diusahakannya tidak berjaya lantaran terbatas oleh kemampuan dirinya. Kegagalan seperti ini menyebabkan ia sedih dan gelisah. tetapi jika ia mendapati isterinya menerima kekurangan yang ada pada dirinya dengan redha, segala kesedihannya akan hilang.

4.     Dalam hal ini , isteri hendaklah bersikap dengan sabar dan redha serta merasa cukup dengan apa yang ada.Dan menganggap segala yang dikecapi adalah kurniaan dari Allah semata-mata.